Felda sedia beri kerjasama audit penukaran hak milik tanah

Felda sedia beri kerjasama audit penukaran hak milik tanah - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Felda sedia beri kerjasama audit penukaran hak milik tanah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Felda sedia beri kerjasama audit penukaran hak milik tanah
link : Felda sedia beri kerjasama audit penukaran hak milik tanah

Baca juga


Felda sedia beri kerjasama audit penukaran hak milik tanah

 ISMA WEB
 

BANGI – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sedia memberi kerjasama penuh dengan firma audit luar berhubung isu penukaran hak milik tanah bernilai RM270 juta di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, pihaknya tidak akan berkompromi sekiranya wujud salah laku dan berharap tindakan undang-undang akan diambil.

Audit berhubung isu pemilikan hak milik tanah Felda itu dijangka bermula esok, selepas Jabatan Perdana Menteri melantik firma audit luar baru-baru ini.

“Khamis lalu, JPM mengumumkan pelantikan syarikat audit luar berhubung hal ini dan kita akan beri kerjasama penuh.

“Felda tidak akan berkompromi dalam hal ini kerana kami mahukan semula hak ke atas tanah tersebut,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.

Sebelum ini, akhbar Berita Harian (BH) melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah berstrategik di Jalan Semarak, yang dianggarkan bernilai lebih RM270 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.

Pertukaran hak milik secara rahsia itu dipercayai dilakukan pada 2015, ketika Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menjadi Pengerusi Felda.




Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Felda sedia beri kerjasama audit penukaran hak milik tanah

Sekianlah artikel Felda sedia beri kerjasama audit penukaran hak milik tanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Felda sedia beri kerjasama audit penukaran hak milik tanah dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/01/felda-sedia-beri-kerjasama-audit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :