PAS Johor lapor polis kenyataan Tun M mengenai Memali

PAS Johor lapor polis kenyataan Tun M mengenai Memali - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Johor lapor polis kenyataan Tun M mengenai Memali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Johor lapor polis kenyataan Tun M mengenai Memali
link : PAS Johor lapor polis kenyataan Tun M mengenai Memali

Baca juga


PAS Johor lapor polis kenyataan Tun M mengenai Memali

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: PAS Johor membuat laporan polis terhadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung ucapannya yang mengaitkan parti itu dengan peristiwa Memali.
 
Laporan dibuat Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Johor Shamsudin Jaafar di Balai Polis Sentral, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, petang semalam.
 
Ini kerana ujarnya kenyataan mantan perdana menteri itu ketika berucap pada perhimpunan agung pertama PPBM di Shah Alam, Sabtu lalu, adalah bersifat jahat dan fitnah besar terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
"Tun Dr Mahathir sekali lagi cuba mengaitkan peristiwa berdarah yang berlaku di Memali dengan Amanat Hadi.
 
"Tun Dr Mahathir juga pada kali ini cuba mengaitkan mufti sebagai punca berlaku peristiwa berdarah tersebut," katanya.
 
Turut mengiringinya membuat laporan adalah Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Hussein.
 
"PAS bimbang dengan kenyataan jahat dan fitnah itu boleh menyebabkan orang Melayu khususnya akan berpecah belah, para mufti tidak dihormati dan semua yang terlibat dalam peristiwa Memali akan bermusuhan," katanya.
 
Peristiwa Memali tercetus pada 19 November 1985 iaitu pada era pemerintahan Dr Mahathir, ekoran tindakan pihak keselamatan mahu menahan seorang guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya atas dakwaan mengancam keselamatan negara.
 
Pertempuran antara pihak keselamatan dengan penduduk kampung akhirnya mengorbankan 18 orang termasuk guru agama itu beserta empat anggota polis, dengan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.
 
PAS sebelum ini menggesa kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi merungkai peristiwa itu supaya rakyat mengetahui kejadian sebenar.
 
 


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel PAS Johor lapor polis kenyataan Tun M mengenai Memali

Sekianlah artikel PAS Johor lapor polis kenyataan Tun M mengenai Memali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Johor lapor polis kenyataan Tun M mengenai Memali dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/01/pas-johor-lapor-polis-kenyataan-tun-m.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :