Projek terowong dasar laut P. Pinang: PCM serah bukti kepada SPRM

Projek terowong dasar laut P. Pinang: PCM serah bukti kepada SPRM - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Projek terowong dasar laut P. Pinang: PCM serah bukti kepada SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Projek terowong dasar laut P. Pinang: PCM serah bukti kepada SPRM
link : Projek terowong dasar laut P. Pinang: PCM serah bukti kepada SPRM

Baca juga


Projek terowong dasar laut P. Pinang: PCM serah bukti kepada SPRM

THE MALAYSIAN TIMES
 


PUTRAJAYA: Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini membuat laporan dan menyerahkan bukti baharu berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM15 bilion kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Naib Presiden PCM Datuk Huan Cheng Guan berkata beliau meminta SPRM menyiasat sama ada wujud unsur salah laku atau rasuah dalam pembidaan projek dasar laut itu.

“Kita mendapat beberapa bukti baharu daripada sumber tertentu dan hari ini kami serahkan kepada SPRM, biar mereka siasat secara telus,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di ibu pejabat SPRM di sini.

Ia merupakan laporan kedua beliau kepada SPRM berkaitan kes berkenaan. Huan membuat laporan pertama di SPRM di sini untuk kes yang sama pada 21 Julai lepas.

Pada 17 Julai lepas, Huan membuat laporan polis di Pulau Pinang dan meminta supaya menyiasat dakwaan berhubung kerajaan Pulau Pinang telah menganugerahkan projek kepada sebuah syarikat yang mempunyai modal di bawah paras ditetapkan ketika membida projek terowong dasar laut itu.

Huan berkata beliau menyerahkan beberapa dokumen dan bukti yang menunjukkan kerajaan negeri pembangkang itu membenarkan syarikat tujuan khas (SPV) Terowong Pulau Pinang untuk prajual hak tanah kerajaan berjumlah RM3 bilion walaupun projek jalan raya lewat empat tahun dalam memulakan pembinaan.

Huan mendakwa kerajaan Pulau Pinang melanggar garis panduan perolehan apabila memberi projek mega terowong itu kepada syarikat yang menimbulkan kebimbangan juruaudit dan modal berbayarnya adalah 1,900 kali di bawah keperluan minimum Jabatan Kerja Raya.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar. — Bernama



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Projek terowong dasar laut P. Pinang: PCM serah bukti kepada SPRM

Sekianlah artikel Projek terowong dasar laut P. Pinang: PCM serah bukti kepada SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Projek terowong dasar laut P. Pinang: PCM serah bukti kepada SPRM dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/01/projek-terowong-dasar-laut-p-pinang-pcm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :