Pentadbiran Trump Bakal Pindah Kedutaan AS Ke Baitulmaqdis Mei 2018

Pentadbiran Trump Bakal Pindah Kedutaan AS Ke Baitulmaqdis Mei 2018 - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pentadbiran Trump Bakal Pindah Kedutaan AS Ke Baitulmaqdis Mei 2018, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pentadbiran Trump Bakal Pindah Kedutaan AS Ke Baitulmaqdis Mei 2018
link : Pentadbiran Trump Bakal Pindah Kedutaan AS Ke Baitulmaqdis Mei 2018

Baca juga


Pentadbiran Trump Bakal Pindah Kedutaan AS Ke Baitulmaqdis Mei 2018


WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump merancang untuk memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis pada Mei depan sempena ulang tahun ke-70 'penubuhan' Israel, menurut pegawai kerajaan.

Tarikh tersebut bagaimanapun lebih awal daripada yang diumumkan Timbalan Presiden, Mike Pence ketika berkunjung ke Tel Aviv yang mana beliau memaklumkan kedutaan tersebut kononnya akan dibuka pada akhir 2019.

Jabatan Negara AS secara rasmi akan menamakan kemudahan di kawasan kejiranan Arnona di Kota Lama tersebut yang kini digunakan untuk urusan konsular sebagai kedutaan walaupun rancangan asal adalah membina struktur baharu yang mungkin mengambil masa beberapa tahun lagi untuk dibuka.

Trump dengan angkuh turut berbangga dengan keputusan kontroversinya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel ketika beliau berucap di Persidangan Tindakan Politik Konservatif di Maryland yang turut mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Keputusan tergesa-gesa pemindahan Kedutaan AS itu dilihat akan mencetuskan kemarahan Palestin kerana bagi mereka ulang tahun tersebut adalah serentak dengan hari memperingati peristiwa Nakba (malapetaka) yang menyaksikan ratusan ribu penduduk Palestin diusir selepas penubuhan Israel pada 1948.

"Keputusan pentadbiran Rumah Putih untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memilih ulang tahun Nakba untuk melakukan tindakan provokasi itu jelas melanggar undang-undang. Ia hanya akan membangkitan kemarahan penduduk Palestin," tegas Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat dalam satu kenyataan. #sumber



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Pentadbiran Trump Bakal Pindah Kedutaan AS Ke Baitulmaqdis Mei 2018

Sekianlah artikel Pentadbiran Trump Bakal Pindah Kedutaan AS Ke Baitulmaqdis Mei 2018 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pentadbiran Trump Bakal Pindah Kedutaan AS Ke Baitulmaqdis Mei 2018 dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/02/pentadbiran-trump-bakal-pindah-kedutaan.html

Subscribe to receive free email updates: