PRU: MIC Enggan Tolak Ansur, Mahu Bertanding Di Cameron Highlands

PRU: MIC Enggan Tolak Ansur, Mahu Bertanding Di Cameron Highlands - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU: MIC Enggan Tolak Ansur, Mahu Bertanding Di Cameron Highlands, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU: MIC Enggan Tolak Ansur, Mahu Bertanding Di Cameron Highlands
link : PRU: MIC Enggan Tolak Ansur, Mahu Bertanding Di Cameron Highlands

Baca juga


PRU: MIC Enggan Tolak Ansur, Mahu Bertanding Di Cameron Highlands


SERDANG: MIC bertegas mahu bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands dan tidak akan mengadakan rundingan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain, kata Datuk Seri Dr S Subramaniam.

“MIC sudah beritahu itu (Cameron Highlands) adalah kerusi kita, tidak perlu bincang,” katanya selepas merasmikan Karnival Sukan Antara Universiti 2018 di Universiti Putra Malaysia, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya jika ada perbincangan mengenai kerusi Parlimen itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Isu perebutan kerusi Cameron Highlands bermula apabila Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas bertegas mahu bertanding di kerusi itu.

Oktober lalu, Kayveas menyuarakan hasrat menemui Subramaniam untuk menyelesaikan isu perebutan kerusi itu, tetapi sehingga kini, tiada sebarang pertemuan dilaporkan.

Kerusi Cameron Highlands kini disandang MIC menerusi bekas presidennya, Datuk Seri G Palanivel yang menang tipis dengan majoriti 462 undi pada pilihan raya umum ke-13, selepas mengalahkan pencabar terdekat daripada DAP, M Manogaran.

Palanivel bagaimanapun dipecat MIC pada 2015 dan kini menjadi calon bebas di kerusi Parlimen Cameron Highlands.

Ogos lalu, Subramaniam mengakui MIC belum memilih calon sesuai untuk bertanding di Cameron Highlands, tetapi mereka sudah melantik penyelaras bagi menjalankan gerak kerja di sana.

MIC bertanding di Cameron Highlands sejak kerusi Parlimen itu diwujudkan pada PRU11.

Kayveas bagaimanapun mendakwa kerusi Cameron Highlands ditawarkan kepada MyPPP sejak 2000, tetapi mereka menyerahkan kerusi itu kepada MIC pada saat akhir.

Kayveas dilaporkan berkata, kerusi Parlimen Cameron Highlands bukan milik mana-mana parti selepas pemecatan Palanivel daripada MIC.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bukan sebahagian Pakatan Harapan juga berhasrat menurunkan calon di Cameron Highlands.

Selasa lalu, Manogaran dilaporkan merayu PSM tidak mengacau peluang pembangkang merampas kerusi Parlimen itu daripada BN. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel PRU: MIC Enggan Tolak Ansur, Mahu Bertanding Di Cameron Highlands

Sekianlah artikel PRU: MIC Enggan Tolak Ansur, Mahu Bertanding Di Cameron Highlands kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU: MIC Enggan Tolak Ansur, Mahu Bertanding Di Cameron Highlands dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/02/pru-mic-enggan-tolak-ansur-mahu.html

Subscribe to receive free email updates: