Judul : Calon Bebas Di DUN Peramu Jaya Umum Manifesto PRU14, "Di Sini Saya Lahir Dan Mengundi" !
link : Calon Bebas Di DUN Peramu Jaya Umum Manifesto PRU14, "Di Sini Saya Lahir Dan Mengundi" !
Calon Bebas Di DUN Peramu Jaya Umum Manifesto PRU14, "Di Sini Saya Lahir Dan Mengundi" !
PEKAN: Enggan membiarkan anak muda terus hanyut akibat tiada punca ekonomi yang stabil memberi idea kepada Presiden Persatuan Anak Kelahiran Pahang (PAKP), Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant tampil bersama manifesto terbaik untuk anak muda di DUN Peramu Jaya iaitu tempat beliau lahir dan mengundi.
1. Rumah Generasi Muda
Menurutnya, ada beberapa perkara yang diberi perhatian, pertama ialah usaha untuk bina perumahan generasi muda kos sederhana melalui konsep sewa dan beli. Rumah ini khusus bagi mereka yang sudah berkahwin, belum punyai rumah sendiri dan tiada pekerjaan tetap, tapi mampu membayar bulanan.
Ia akan dilaksanakan melalui perbincangan dengan pemaju perumahan dan institusi kewangan bagi mendapatkan pinjaman yang lebih mudah tanpa terlalu banyak birokrasi dan lebih istimewa, pemohon tidak perlu keluarkan deposit dan tanpa slip gaji.
2. Gaji Lantai RM1,300 Pekerja Industri
“Kedua, saya akan adakan perbincangan dan memberi tekanan kepada majikan-majikan syarikat di kilang perindustrian (Peramu Jaya merupakan hub automotif) agar meletakkan paras gaji lantai sebanyak RM1,300 sebulan. Tekanan ini amat relevan bagi membantu pekerja kilang terutamanya generasi muda yang sedang membina kehidupan menangani masalah kos sara hidup tinggi.
3. Wujudkan Program "Motor Pertamaku"
“Ketiga, saya akan wujudkan program 'Motor Pertamaku' di mana ia dapat direalisasikan melalui perbincangan dengan pengusaha-pengusaha kedai motosikal supaya dapat menawarkan ansuran mudah kepada generasi muda membeli motor tanpa deposit bawah paras harga RM7,000 (tujuh ribu ringgit). Saya sendiri akan keluarkan surat jaminan pinjaman pada mereka yang layak sebagai sokongan,” katanya ketika ditemui di sini.
4. Komplek Rakyat (Penempatan Sementara Mangsa Banjir)
Mengambil kira kedudukan daerah Pekan yang kerap dilanda banjir ketika musim tengkujuh, Syed Faiz mengutarakan janji keempat iaitu pembinaan Kompleks Rakyat Penempatan Sementara bagi mangsa-mangsa banjir melalui perbincangan dengan pihak pemaju.
“Kos untuk siapkan kompleks berkenaan akan ditanggung pemaju sendiri sebelum berunding untuk serahan balik kepada kerajaan dengan kadar tuntutan yang patut dibayar kepada pemaju. Kompleks ini merupakan alternatif untuk digunakan sebagai tempat berteduh yang selesa dan dilengkapi pelbagai kemudahan untuk mangsa yang terlibat dengan bencana banjir, rumah terbakar, pokok tumbang dan sebagainya sekaligus boleh menjadi kompleks serbaguna untuk aktiviti lain.
5. Pusat Kemahiran Latihan Khas Untuk OKU
“Kelima, perhatian turut diberikan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di mana pusat kemahirandan latihan khas akan dibuka bagi memberi ruang kepada golongan berkenaan bekerja dan mempamerkan bakat serta kemampuan masing-masing menghasilkan produk hasil kerja tangan mereka yang mempunyai potensi serta boleh dikomersialkan. Zaman kian maju, tetapi golongan yang kurang upaya ini tidak seharusnya dipinggirkan hanya atas nama pembangunan dan kemodenan,” katanya.
6. Pusat Kemahiran & Latihan Ibu Tunggal / Balu
Seterusnya, janji keenam melibatkan pembukaan pusat kemahiran dan latihan bagi golongan ibu tunggal/balu supaya mereka dapat bekerja menampung hidup. Lebih daripada itu, mereka sendiri dapat mencipta kerja bagi wanita-wanita lain yang memerlukan punca ekonomi melalui penghasilan apa-apa sahaja produk yang boleh dikomersialkan ke peringkat lebih tinggi.
7. Pusat Pembelajaran Agama Untuk Warga Emas
“Ketujuh, saya akan usahakan membuka pusat pembelajaran agama khusus bagi warga emas, di mana golongan ini dapat belajar dan mendalami ilmu agama secara percuma hanya dikalangan mereka, termasuk pada yang baru mahu belajar mengaji.
“Pusat ini juga terbuka kepada sesi untuk golongan anak muda yang mahu mendalami agama, ia amat penting kerana Islam menjadi asas kehidupan yang akan membentuk kehidupan yang teratur dan terpelihara daripada unsur-unsur negatif apatah lagi zaman kian maju dan pelbagai pengaruh masuk melalui dunia di hujung jari,” katanya.
8. Insfrastruktur Sukan Untuk Belia
Kelapan katanya, perhatian diberikan kepada infrastruktur sukan bagi belia di mana gelanggang yang dibina tidak akan diswastakan dan terbuka kepada orang ramai. Ia mungkin lebih mudah jika dikelolakan oleh JKKK di kawasan terlibat dari segi pemantauan dan memastikan kemudahan yang disediakan dijaga dengan baik. Ditanya mengenai kos penyelengaraan, beliau menjawab "ramai peniaga dan sukarelawan yang murah hati boleh menyumbang, saya sendiri akan usaha minta atas nama orang muda dan sukan".
“Kita tidak mahu semua infrastruktur sukan dibina tetapi diswastakan sehingga menyukarkan generasi muda untuk bersukan. Kita mahu wujudkan komuniti yang sihat dan cergas, bukan terus hanyut dalam perlakuan negatif yang menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah serta penyalahgunaan dadah,” ujarnya.
9. Tubuhkan Pusat Khidmat Rakyat
Katanya lagi, sebuah Pusat Khidmat Rakyat akan ditubuhkan bagi memudahkan urusan masyarakat di mana pusat berkenaan beroperasi dari hari Isnin hingga Sabtu bagi menangani aduan dan keperluan yang diajukan rakyat.
"Hari bertemu rakyat bertujuan untuk mengeratkan jalinan antara pemimpin dan rakyat akan dipecahkan mengikut hari dan golongan bagi memudahkan pengurusan dan penyelesaian. Saya mahu dengar sendiri suara hati mereka.
Sebagai contoh hari Isnin bagi golongan OKU, Selasa untuk warga emas, Rabu bagi ibu tunggal, Khamis bagi generasi muda yang memohon bantuan yang ditawarkan termasuk perumahan, Jumaat bersama agensi-agensi berkaitan manakala Sabtu ditumpukan kepada perbincangan bersama wakil-wakil setempat seperti penghulu dan ketua kampung bagi membincangkan sebarang masalah atau keperluan di kawasan masing-masing," jelasnya.
Ditanya mengenai aktiviti hari minggu pula, beliau menjawab “masa itu saya akan habiskan bersama keluarga, terutamanya kedua-dua isteri saya yang comel tu!,” katanya berseloroh.
1. Sewaan Bot Kepada Generasi Muda Nelayan
Akhir sekali, Syed Faiz berkata nasib generasi muda masyarakat nelayan tidak dilupakan di mana pihaknya akan adakan perbincangan dengan pihak yang mahu menyediakan sewaan bot yang berpatutan bagi nelayan generasi muda bagi memudahkan kerja-kerja mencari hasil laut.
“Bot-bot yang disediakan dibuka kepada sewaan, hasil tangkapan yang diperoleh pula dapat digunakan bagi membayar sewa bot. Cara ini akan memecah monopoli kuasa tauke-tauke sedia ada ke atas nelayan di mana kita turut tawarkan sewaan bot-bot bersama kelengkapan menangkap ikan dan hasil laut lain.
“Kita mahu generasi muda masyarakat nelayan ini bebas bekerja mencari rezeki di lautan, mereka juga dapat menyediakan kehidupan lebih baik kepada keluarga termasuk pendidikan anak-anak yang mampu mengubah kehidupan mereka pada masa akan datang,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai sembilan lagi calon anak muda yang bakal dipertandingkan di atas tiket bebas, Syed Faiz berkata mereka merupakan golongan yang dikenali dan begitu dekat dengan masyarakat.
“Mereka sudah pasti figura yang dekat di hati masyarakat, sentiasa membuat kerja-kerja masyarakat walaupun tidak mempunyai sebarang jawatan dalam politik. Apa yang kita mahu ialah figura yang mampu bekerja untuk rakyat dan sentiasa tampil dengan idea bernas bagi memastikan kelangsungan hidup mengikut arus peredaran zaman.
“Tidak perlu gusar, sampai masa kita akan tampilkan semua calon yang dipilih. Ketika ditanya pemberita, adakah beliau tidak takut dengan ancaman dan ugutan segelintir pihak akan datang yang fanatik pada parti politik masing-masing terutamanya parti sedia ada?
“Negara kita ada undang-undang, apa yang hendak ditakutkan? Kini dah sampai masanya, bagi saya baik jangan sebut nak berjuang dalam politik kalau takut, apatah lagi perjuangan yang saya lakukan ini untuk anak muda. Kalau bukan kita yang perjuangkan hari ini siapa lagi? Saya tidak gentar kerana saya tahu saya perjuangkan apa yang benar dan apa yang perlu untuk generasi muda saya pada masa kini dan masa hadapan.
“Saya rela berjuang bermati-matian untuk anak muda,” akhirinya penuh yakin. #PDO
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Calon Bebas Di DUN Peramu Jaya Umum Manifesto PRU14, "Di Sini Saya Lahir Dan Mengundi" !
Sekianlah artikel Calon Bebas Di DUN Peramu Jaya Umum Manifesto PRU14, "Di Sini Saya Lahir Dan Mengundi" ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Calon Bebas Di DUN Peramu Jaya Umum Manifesto PRU14, "Di Sini Saya Lahir Dan Mengundi" ! dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/calon-bebas-di-dun-peramu-jaya-umum_23.html