PAS Cabar Mahfuz Lapor Ke SPRM, Ada Pemimpin Terengganu Ambil Wang UMNO

PAS Cabar Mahfuz Lapor Ke SPRM, Ada Pemimpin Terengganu Ambil Wang UMNO - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Cabar Mahfuz Lapor Ke SPRM, Ada Pemimpin Terengganu Ambil Wang UMNO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Cabar Mahfuz Lapor Ke SPRM, Ada Pemimpin Terengganu Ambil Wang UMNO
link : PAS Cabar Mahfuz Lapor Ke SPRM, Ada Pemimpin Terengganu Ambil Wang UMNO

Baca juga


PAS Cabar Mahfuz Lapor Ke SPRM, Ada Pemimpin Terengganu Ambil Wang UMNO


SHAH ALAM: Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mencabar Datuk Mahfuz Omar membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pemimpin parti Islam itu di Terengganu mengambil wang Umno.

“Kalau dia merasakan apa yang dia katakan itu betul dan ada unsur-unsur rasuah, saya cabar buat laporan SPRM…bukan kita nak nafikan, tetapi dia nak buktikan,” katannya selepas menghadiri program Mega Town Hall, di sini malam tadi.

Semalam, Mahfuz yang juga naib presiden Amanah dilaporkan mendakwa 3 pemimpin PAS Terengganu menerima wang daripada pemimpin Umno.

Beliau menamakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat; Bendahari PAS negeri, M Shukrimun Shamsudin dan Setiausaha PAS negeri, Muhyidin Abdul Rashid.

Mahfuz mendakwa RM1 juta dimasukkan ke akaun khas yang dinamakan Akaun Amanah pada 21 Mac lalu dan RM1.5 juta lagi didepositkan ke akaun Jabatan Pembangunan PAS (JPP) atau Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyangkal dakwaan Mahfuz berkata, tidak logik Umno memberi wang kepada parti Islam itu yang bertekad menentang Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Rakyat fikir sendirilah, Umno bagi duit untuk kita lawan dia. Kita pula letak 130 calon, PAS banyak bertanding di kawasan Umno, bukannya kita lawan (di kerusi) dimenangi DAP. Fikirlah masak-masak.”

Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS tidak perlu melayan Mahfuz yang bersikap kebudak-budakan kerana sering mendakwa parti Islam itu bekerjasama dengan Umno demi PRU14. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel PAS Cabar Mahfuz Lapor Ke SPRM, Ada Pemimpin Terengganu Ambil Wang UMNO

Sekianlah artikel PAS Cabar Mahfuz Lapor Ke SPRM, Ada Pemimpin Terengganu Ambil Wang UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Cabar Mahfuz Lapor Ke SPRM, Ada Pemimpin Terengganu Ambil Wang UMNO dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/pas-cabar-mahfuz-lapor-ke-sprm-ada.html

Subscribe to receive free email updates: