PPBM Bubar: Tak Perlu Nak Takut 'Nyamuk Mati', Nazri Aziz Beritahu Rafidah

PPBM Bubar: Tak Perlu Nak Takut 'Nyamuk Mati', Nazri Aziz Beritahu Rafidah - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PPBM Bubar: Tak Perlu Nak Takut 'Nyamuk Mati', Nazri Aziz Beritahu Rafidah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PPBM Bubar: Tak Perlu Nak Takut 'Nyamuk Mati', Nazri Aziz Beritahu Rafidah
link : PPBM Bubar: Tak Perlu Nak Takut 'Nyamuk Mati', Nazri Aziz Beritahu Rafidah

Baca juga


PPBM Bubar: Tak Perlu Nak Takut 'Nyamuk Mati', Nazri Aziz Beritahu Rafidah


PETALING JAYA: Datuk Seri Nazri Aziz terus mencemuh PPBM dengan menyamakan parti itu kepada seekor “nyamuk mati” susulan pembubaran sementara oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

“Gigitan nyamuk memang boleh membawa maut, tetapi nyamuk itu sudah mati sekarang,” kata menteri pelancongan dan kebudayaan itu mengulas amaran bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz yang parti pembangkang itu mampu memusnahkan UMNO.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, sama ada PPBM ialah “nyamuk” berbahaya seperti didakwa Rafidah bukanlah isu.

“Tiada lagi persoalan sama ada gigitan nyamuk itu membawa maut atau tidak.

“Saya yakin Rafidah akan baca berita itu yang nyamuk ini sudah mati dan kenyataannya tidak relevan sekarang,” katanya.

Kelmarin, JPPM mengeluarkan perintah pembubaran sementara kepada PPBM dengan memberi 30 hari untuk melengkapkan butiran diperlukan atau berdepan pembubaran secara mutlak.

Ketua Pengarah JPPM, Surayati Ibrahim dilaporkan berkata, perintah itu dikeluarkan mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 dan PPBM tidak dibenarkan menggunakan nama, logo dan melaksanakan aktiviti berkaitan parti dalam tempoh 30 hari pembubaran sementara itu.

Katanya, pembubaran sementara itu disebabkan kegagalan PPBM menyerahkan semua maklumat dan dokumen yang diminta menerusi notis statutori di bawah Seksyen 14 (2) yang dikeluarkan kepada parti itu pada 28 Februari lalu, merujuk minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.

Ia susulan aduan ahli parti itu mengenai perhimpunan agung tahunan (AGM) pertamanya pada Disember lalu.

Semalam, Rafidah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO dilaporkan mengulas kenyataan Nazri mengejek PPBM sebagai “parti nyamuk” dengan memberi amaran gigitan nyamuk boleh membawa maut.

Kini, Nazri dalam nada sindir berkata, beliau akan mendengar nasihat Rafidah supaya tidak sombong.

“Beliau menasihatkan kami semua berdasarkan pengalaman sendiri. Dulu beliau pun sombong.

“Kemudian, beliau digugurkan sebagai menteri dan selepas itu kalah kepada timbalannya dengan teruk,” kata Nazri.

Beliau merujuk kegagalan Rafidah mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO ketika menentang Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil pada Perhimpunan Agung UMNO pada 2009.

Sebelum kekalahan itu, beliau digugurkan daripada Kabinet selepas pilihan raya umum 2008, walaupun berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

“Saya tidak akan sombong lagi selepas lihat apa yang dilaluinya,” kata Nazri. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel PPBM Bubar: Tak Perlu Nak Takut 'Nyamuk Mati', Nazri Aziz Beritahu Rafidah

Sekianlah artikel PPBM Bubar: Tak Perlu Nak Takut 'Nyamuk Mati', Nazri Aziz Beritahu Rafidah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PPBM Bubar: Tak Perlu Nak Takut 'Nyamuk Mati', Nazri Aziz Beritahu Rafidah dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/ppbm-bubar-tak-perlu-nak-takut-nyamuk.html

Subscribe to receive free email updates: