Anggota Polis Buat Laporan, Gara-Gara Tidak Di Benarkan Mengundi

Anggota Polis Buat Laporan, Gara-Gara Tidak Di Benarkan Mengundi - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anggota Polis Buat Laporan, Gara-Gara Tidak Di Benarkan Mengundi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anggota Polis Buat Laporan, Gara-Gara Tidak Di Benarkan Mengundi
link : Anggota Polis Buat Laporan, Gara-Gara Tidak Di Benarkan Mengundi

Baca juga


Anggota Polis Buat Laporan, Gara-Gara Tidak Di Benarkan Mengundi


KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis membuat laporan selepas mendakwa tidak dibenarkan mengundi oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika undi awal Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Lans Koperal Ahmad Fadli Zahar, 38, dia pergi ke Dewan Badminton Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mengundi kira-kira jam 1 tengah hari.

Katanya, sebaik tiba, seorang petugas wanita membuat semakan terhadap kad pengenalan miliknya sebelum dimaklumkan dia sudah mengundi.

“Saya pelik dengan dakwaan itu dan menunjukkan jari di kedua-dua tangan yang tidak mempunyai sebarang kesan dakwat kekal seperti selepas proses mengundi.

“Seorang petugas lelaki SPR kemudian mengambil kad pengenalan sebelum berbisik mengajak berbincang dan meminta supaya saya menunggu di luar hampir dua jam.

“Malah, petugas itu datang semula dan meminta saya menunggu hingga selesai proses pengundian,” katanya.

Ahmad berkata, dia kemudian membuat semakan semula sebelum dimaklumkan petugas SPR bahawa dirinya tidak layak mengundi.

“Saya mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee supaya siasatan lanjut berhubung kejadian itu,” katanya.

Difahamkan, polis sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu mengikut Seksyen 4 (D) Akta Pilihan Raya 1954.

Sementara itu, jurucakap SPR ketika dihubungi memaklumkan pihaknya masih menunggu siasatan daripada polis. #sumber




Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Anggota Polis Buat Laporan, Gara-Gara Tidak Di Benarkan Mengundi

Sekianlah artikel Anggota Polis Buat Laporan, Gara-Gara Tidak Di Benarkan Mengundi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anggota Polis Buat Laporan, Gara-Gara Tidak Di Benarkan Mengundi dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/05/anggota-polis-buat-laporan-gara-gara.html

Subscribe to receive free email updates: