Judul : Calon DUN Jelai "Di Sabotaj", PSM Minta "Orang Asli Pahang" Bantu
link : Calon DUN Jelai "Di Sabotaj", PSM Minta "Orang Asli Pahang" Bantu
Calon DUN Jelai "Di Sabotaj", PSM Minta "Orang Asli Pahang" Bantu
CAMERON HIGHLANDS: Parti Sosialis Malaysia (PSM) meminta sokongan dari masyarakat orang asli khususnya di Pahang untuk membantu calon mereka yang bertanding di kerusi DUN Jelai iaitu Mat Nor Ayat.
Ini berikutan calon terbabit mengalami sabotaj keterlaluan di Pos Sinderut dan Pos Lenjang oleh kroni-kroni parti lawan. Demikian ditegaskan oleh Setiausaha PSM Cameron Highlands, Suresh Kumar dalam satu kenyataan difacebooknya semalam.
Menurut beliau, kroni itu bertindak selaku ‘war-lord’ di kampung masing-masing dan tidak mahu bahan kempen PSM diedarkan atau dipacak. Walaupun bilangan mereka hanya seorang dua, namun tindakan yang dilakukan sangat tidak wajar.
"Beberapa bendera dan poster PSM di Pos Sinderut dibuang dalam masa 30 minit selepas dinaikkan semasa berkempen pada hari Isnin 30/4/2018. Hampir 150 bendera dan 100 poster calon PSM telah ‘hilang’ hanya selepas sehari dipacak. Mengikut khabar yang kami terima, kesemua bahan kempen ini telah dibakar. Begitu kuat ketakutan ‘war-lord’ ini terhadap calon PSM yang merupakan penduduk tempatan dan aktivis orang asli", kata Suresh.
Dilaporkan juga, bangunan-bangunan dan kemudahan kerajaan digunakan sewenang-wenangnya oleh parti tersebut.
"Kami juga mendapat khabar bahawa kawan-kawan orang asli di Pos Lenjang akan ditempatkan di Kg Dayok sehari sebelum pengundian dengan alasan untuk memastikan semua orang asli keluar mengundi. Tempat tinggal dan makanan ditanggung semua. Satu usaha yang nampak seakan-akan murni tetapi mengapakah usaha ini dibuat oleh parti politik yang bertanding?"
"Apakah kesan kepada kawan-kawan orang asli berada dalam kongkongan parti bertanding sehari suntuk sebelum mungundi? Adakah mereka akan mempunyai kebebasan untuk mengudi calon pilihan mereka? Jika perkara ini dibuat oleh JAKOA, mengapakah inisiatif sebegini dibuat oleh secara tiba-tiba hanya di Pos Lenjang?", tambah beliau lagi.
Calon PSM, Mat Nor Ayat adalah seorang aktivis menentang Cadangan Projek Hidroeletrik Empangan Telom. Empangan Telom bakal dibina di kampung beliau, Pos Lanai di Kuala Lipis. Walaupun Pos Lanai terletak dalam pentadbiran Daerah Kuala Lipis, namun untuk Pilihanraya, Pos Lanai terletak di bawah Parlimen Cameron Highlands.
"Mat Nor yang saya kenali selama 7 tahun adalah ikhlas dan berprinsip. Tidak pernah beliau mementingkan diri sendiri dalam mengatur perjuangan. Beliau bekerja sambilan sebagai penoreh getah di kampungnya. Kebanyakkan masa terluang digunakan dalam aktiviti-aktiviti menentang Empangan Telom dan kebajikkan orang asli di sekitar kawasan tempat tinggalnya", kata kenyataanya lagi.
Suresh turut mengaskan apabila PSM membawa idea untuk seorang Calon orang asli bertanding di DUN Jelai, Mat Nor dipilih oleh Jawatankuasa Bertindak orang asli Pos Lanai sebagai wakil mereka. Proses pemilihan ini berlaku sekitar awal tahun 2017.
"Saya kagum apabila pemilihan Mat Nor tidak dibuat berdasarkan hierarki dalam Jawatankuasa Bertindak tetapi lebih kepada keupayaan individu. Pemilihan Mat Nor disokong sepenuhnya oleh Jawatankuasa Bertindak dan ini dapat saya lihat melalui penglibatan ahli-ahli Jawatankuasa Bertindak dalam kerja-kerja kempen pilihanraya. Lelaki dan wanita, tua dan muda bersama-sama berkumpul di ‘bilik gerakan’ yang merupakan sebuah rumah tradisi di PPRT Pantos", tambahnya.
"Mat Nor Ayat tidak mempunyai pendidikan yang tinggi tetapi mempunyai cukup pengetahuan dan pegalaman untuk turun bersama dan mengatur rakyat untuk penyelesaian masalah mereka", kata kenyataannya lagi.
Difahamkan Antara kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Mat Nor Ayatdalam mengatur perjuangan penduduk orang asli di Jelai ialah:
1. Mat Nor bersama Jeffry Hassan dan kawan-kawan lain dari Jawatankuasa Bertindak berjaya menghentikan pembinaan Empangan Telom selama 1 ½ tahun oleh TNB dengan mengambil injunksi mahkamah (https://www.facebook.com/batalkantelomdam/videos/1041306725899815).
2. Mat Nor bersama PSM Cameron berjaya mendapatkan janji bertulis dari JAKOA Malaysia untuk pembinaan 38 rumah menggantika rumah usang orang asli di Kg Simoi Baru (https://www.facebook.com/psmcameron/photos/pcb.2050354631846934/2050353891847008).
3. Mat Nor dan PSM Cameron telah membimbing orang asli Pos Lenjang menghantar memorandum kepada JAKOA, JKR & PM untuk membina jalan dari Pos Betau ke Pos Lenjang. Semalam upacara pecah tanah telah dibuat oleh Perdana Menteri untuk jalan ini (https://www.facebook.com/psm.sosialis/photos/a.268006483358616.1073741829.218826211609977/1069548349871088).
"Tetapi kesemua ini digeruni oleh parti lain yang bertanding sama di DUN Jelai. Ada pekerja parti lawan yang berkhemah di perkampungan orang asli di DUN Jelai dan semua gerak-geri orang asli diperhatikan. Mana-mana orang asli yang cuba berkomunikasi dengan PSM akan ‘dinasihati’ oleh kroni-kroni parti lawan yang juga merupakan orang asli. Adakah ini satu pilihanraya yang adil? Mat Nor dan PSM Cameron disabotaj dengan pelbagai cara kerana dikhuatiri akan memenangi kerusi DUN Jelai dan Parlimen Cameron Highlands" kata Suresh lagi.
Menurut Suresh lagi, untuk DUN Jelai, kedua-dua Pos Sinderut dan Pos Lenjang akan memberikan 15.1% undi. Ini adalah satu jumlah yang tinggi untuk memenangi pertandingan 4-penjuru kali ini di antara PSM-PAS-PH-BN.
"Maka boleh kita faham mengapakah ‘war-lord’ diwujudkan untuk mengekang kebebasan pengundi orang asli di kedua-dua kawasan memilih Wakil Rakyat mereka. Saya mendapati salah satu ‘war-lord’ ini mempunyai 5 kenderaan di parking rumahnya apabila kawan-kawan orang asli biasa tidak mempunyai walaupun satu motorsikal. ‘War-lord’ ini nampaknya mempunyai kekayaan yang sangat tinggi berbanding penduduk orang asli sekampung".
Katanya lagi, adakah kita akan membiarkan penindasan sebegini terhadap orang asli berterusan? Kami memerlukan sokongan kawan-kawan orang asli di Pahang untuk turun bersama ke Pos Sinderut, Pos Lenjang dan Pos-Pos lain untuk mendekati penduduk orang asli di sana supaya mereka diberikan peluang mengundi calon yang mereka mahu, bukan dipaksa secara lembut memilih calon yang mereka tidak suka.
Beliau turut merayu agar kawan-kawan orang asli di Pahang mengerah tenaga untuk memenangkan Mat Nor Ayat di DUN Jelai?
"Bolehkah anda mengunjungi kawan-kawan dan saudara-mara orang asli di kedua-dua pos di atas untuk memberikan kata semangat supaya mereka dapat mengundi calon pilhan mereka tanpa paksaan? Jika anda ingin membantu Mat Nor dalam kempen pilihanraya ini, sila hubungi Pengurus Kempen, Jeffry Hassan 012-962-2742 atau Mat Saman Kati 016-448-2829. Bantuan anda akan membolehkan suara orang asli kedengaran di DUN Pahang", tambanya. #PDO
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Calon DUN Jelai "Di Sabotaj", PSM Minta "Orang Asli Pahang" Bantu
Sekianlah artikel Calon DUN Jelai "Di Sabotaj", PSM Minta "Orang Asli Pahang" Bantu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Calon DUN Jelai "Di Sabotaj", PSM Minta "Orang Asli Pahang" Bantu dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/05/calon-dun-jelai-di-sabotaj-psm-minta.html