Judul : Khairuddin "Dakwa" Ada Berlaku Penipuan Di Pusat Pengiraan Undi Jasin
link : Khairuddin "Dakwa" Ada Berlaku Penipuan Di Pusat Pengiraan Undi Jasin
Khairuddin "Dakwa" Ada Berlaku Penipuan Di Pusat Pengiraan Undi Jasin
PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis kerana mendakwa berlaku penipuan dan salah laku di kalangan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat penjumlahan undi di kawasannya, semalam.
Menerusi laporan yang dibuat di Balai Polis Daerah Jasin, Melaka, pada Khamis itu, Khairuddin mendakwa berlaku penipuan dan penyelewengan berdasarkan Borang 14 SPR dari 38 pusat daerah mengundi (PDM).
“Saya dapati terdapat Borang-borang 14 SPR yang diserahkan kepada ejen-ejen kira undi tidak ditandatangani ketua tempat mengundi. Pihak ketua tempat mengundi harus menjamin setiap keputusan undi pada Borang 14 SPR mesti ditandatangani ejen-ejen kira undi dari ketiga-tiga parti yang bertanding.
“Tetapi, ketua tempat mengundi gagal mematuhi prosedur atau SOP (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan SPR.
“Terdapat juga Borang-borang 14 SPR yang ditandatangani ejen-ejen kira undi tidak mencatat rekod jumlah undi yang diperolehi calon pilihan raya,” demikian menurut laporan polis Khairuddin.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu juga mendakwa beberapa ejen pengiraan undi tidak diberikan Borang 14 SPR.
“Ini berlaku pada ejen kira undi kami di saluran 1 PDM Simpang Kerayong. Kertas-kertas undi yang diserahkan pada para pengundi tidak dimasukkan ke dalam peti undi. Jumlahnya begitu banyak dan tidak logik.”
Bekas ahli PPBM itu berkata, pusat pengiraan undi di MSRM Jasin juga berdepan gangguan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi dijalankan.
Khairuddin mendakwa proses pengiraan undi dari 5.30 petang Rabu hingga awal pagi Khamis di 38 PDM menunjukkan beliau mendahului calon BN dan PAS, tetapi pegawai pengurus pilihan raya Parlimen Jasin mengumumkan beliau kalah tipis kepada calon BN kira-kira 3 pagi.
Kharuddin kalah kepada calon BN, Datuk Seri Ahmad Hamzah dengan majoriti tipis 219 undi.
Hamzah meraih 26,560 undi, manakala Khairuddin mendapat 26,341 undi dan calon PAS, Abd Alim Shapie mendapat 8,860 undi. #sumber
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Khairuddin "Dakwa" Ada Berlaku Penipuan Di Pusat Pengiraan Undi Jasin
Sekianlah artikel Khairuddin "Dakwa" Ada Berlaku Penipuan Di Pusat Pengiraan Undi Jasin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Khairuddin "Dakwa" Ada Berlaku Penipuan Di Pusat Pengiraan Undi Jasin dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/05/khairuddin-dakwa-ada-berlaku-penipuan.html