Musa Aman Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah, Bagi Penggal Ke-5 !

Musa Aman Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah, Bagi Penggal Ke-5 ! - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Musa Aman Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah, Bagi Penggal Ke-5 !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Musa Aman Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah, Bagi Penggal Ke-5 !
link : Musa Aman Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah, Bagi Penggal Ke-5 !

Baca juga


Musa Aman Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah, Bagi Penggal Ke-5 !


KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai ketua menteri buat penggal ke-5, malam ini.

Beliau mengangkat sumpah di depan Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, di sini.

Musa bagaimanapun terpaksa menunggu lebih 2 jam 30 minit untuk ketibaan Juhar, sebelum mengangkat sumpah pada 11 malam.

Musa pertama kali dilantik sebagai ketua menteri Sabah pada 2003 mengikut sistem penggiliran yang diperkenalkan pada 1994, sebelum dimansuhkan pada 2004.

BN negeri di bawah pimpinannya mencapai kemenangan pada pilihan raya umum (PRU) 2004, 2008 dan 2013.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum ke-14 semalam, BN gagal mencapai majoriti mudah, apabila hanya berjaya memenangi 29 daripada keseluruhan 60 kerusi negeri.

Berbanding PRU 2013, BN Sabah memenangi 48 kerusi dan menambah 3 lagi kerusi selepas adun pembangkang berpaling tadah kepada BN beberapa bulan berikutnya.

Gabungan pembangkang, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pakatan Harapan (PH) memenangi 29 kerusi, manakala parti pembangkang tempatan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) memenangi 2 kerusi negeri di bawah Parlimen Keningau.

Ini menjadikan STAR sebagai penentu dan Presidennya, Datuk Jeffrey Kitingan memilih untuk menyokong Musa bagi membolehkan adun Sungai Sibuga itu membentuk kerajaan negeri dengan 31 kerusi negeri.

Pagi tadi, kebimbangan timbul selepas pemangku presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau memutuskan untuk meninggalkan BN dan menyokong Warisan dengan harapan 5 adunnya akan mematuhi arahan parti.

Bagaimanapun, 5 adun Upko itu – Datuk Masiung Banah, Datuk Abidin Madingkir, Ewon Benedick, Datuk Bobby Suan dan Datuk Limus Jury mengingkari arahan Wilfred dan kekal bersama BN untuk menubuhkan kerajaan negeri. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Musa Aman Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah, Bagi Penggal Ke-5 !

Sekianlah artikel Musa Aman Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah, Bagi Penggal Ke-5 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Musa Aman Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah, Bagi Penggal Ke-5 ! dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/05/musa-aman-angkat-sumpah-ketua-menteri.html

Subscribe to receive free email updates: