Judul : Pengerusi PH Negeri, Aminuddin Harun Bakal MB Negeri Sembilan
link : Pengerusi PH Negeri, Aminuddin Harun Bakal MB Negeri Sembilan
Pengerusi PH Negeri, Aminuddin Harun Bakal MB Negeri Sembilan
Beliau berkata, Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya menghantar 1 nama kepada istana.
“Hanya 1 nama dihantar presiden PH, nama dia Aminuddin Harun,” katanya selepas menghadap Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Seri Menanti, sebentar tadi.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah 19 adun PH dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke.
Aminuddin yang juga adun Sikamat berkata, istiadat pelantikan dan angkat sumpah menteri besar akan diadakan dalam masa terdekat di Istana Seri Menanti.
Katanya, barisan exco belum ditentukan.
“Kita belum bincangkan lagi, yang penting kita selesaikan dahulu pelantikan menteri besar, lepas itu barulah kita bincangkan barisan exco di kalangan rakan-rakan,” katanya.
Semalam, PH Negeri Sembilan memenangi 20 daripada 36 kerusi negeri, manakala 16 kerusi lagi dimenangi BN. #sumber
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Pengerusi PH Negeri, Aminuddin Harun Bakal MB Negeri Sembilan
Sekianlah artikel Pengerusi PH Negeri, Aminuddin Harun Bakal MB Negeri Sembilan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengerusi PH Negeri, Aminuddin Harun Bakal MB Negeri Sembilan dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/05/pengerusi-ph-negeri-aminuddin-harun.html