Penyokong PH Perlulah Sambut "Anwar Bebas" Dengan Menang PRU

Penyokong PH Perlulah Sambut "Anwar Bebas" Dengan Menang PRU - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penyokong PH Perlulah Sambut "Anwar Bebas" Dengan Menang PRU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penyokong PH Perlulah Sambut "Anwar Bebas" Dengan Menang PRU
link : Penyokong PH Perlulah Sambut "Anwar Bebas" Dengan Menang PRU

Baca juga


Penyokong PH Perlulah Sambut "Anwar Bebas" Dengan Menang PRU


KUALA LUMPUR: Penyokong Pakatan Harapan diseru untuk berkempen dengan gigih dalam pusingan terakhir bagi memastikan Pakatan Harapan dapat menewaskan UMNO BN.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah  Wan Ismail berkata kemenangan itu akan menjadi hadiah terbaik buat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan dibebaskan pada 8 Jun.

“Marilah kita semua 9 Jun kita tumbangkan UMNO BN.

“Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas 8 Jun kita sambut dengan kemenangan Pakatan Harapan,” katanya sewaktu berucap pada Malam Semarak Pakatan Harapan, baru-baru ini

Ribuan orang ramai memenuhi Padang AU2 Taman Keramat tempat acara itu berlangsung dan media yang membuat liputan menganggarkan kehadiran sekurang-kurangnya 10,000 orang.

Sementara itu, Timbalan Presiden KEADILAN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang turut berucap memberi jaminan bahawa Harapan akan memastikan kebajikan semua kaum termasuklah orang Melayu akan terbela 

“Bagi pihak Pakatan Harapan saya ingin menyatakan bahwa Pakatan Harapan akan membela nasib semua kaum dan agama dalam negara dan negeri kita.

“Pada masa sama kita beri jaminan hak dan kepentingan orang Melayu tak akan tergugat.

“Kita akan mempertahankan teras agama dan semua kaum dalam negeri kita,” katanya disambut sorakan gemuruh daripada hadirin.

Ceramah perdana terakhir Harapan sebelum hari mengundi pada 9 Mei itu turut menampilkan Pengerusi Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu dan Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran.

Sasterawan Negara Datuk Seri A Samad turut tampil mendeklamasikan sajak berjudul ‘Perampok Tanahair’ untuk hadirin majlis. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Penyokong PH Perlulah Sambut "Anwar Bebas" Dengan Menang PRU

Sekianlah artikel Penyokong PH Perlulah Sambut "Anwar Bebas" Dengan Menang PRU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penyokong PH Perlulah Sambut "Anwar Bebas" Dengan Menang PRU dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/05/penyokong-ph-perlulah-sambut-anwar.html

Subscribe to receive free email updates: