Peratusan Menurun, NGO Persoal Di Manakah Sikap Profesional SPR Kendalikan PRU14 ?

Peratusan Menurun, NGO Persoal Di Manakah Sikap Profesional SPR Kendalikan PRU14 ? - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peratusan Menurun, NGO Persoal Di Manakah Sikap Profesional SPR Kendalikan PRU14 ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peratusan Menurun, NGO Persoal Di Manakah Sikap Profesional SPR Kendalikan PRU14 ?
link : Peratusan Menurun, NGO Persoal Di Manakah Sikap Profesional SPR Kendalikan PRU14 ?

Baca juga


Peratusan Menurun, NGO Persoal Di Manakah Sikap Profesional SPR Kendalikan PRU14 ?


KUANTAN: "SPR Sepatutnya bersiap sedia atas padang untuk mengendalikan pilihanraya. Bukan sekadar di atas kertas", kata Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli kepada PDO petang ini.

Beliau yang kecewa dengan isu proses pengundian terlalu lambat, hingga menyebabkan masalah lain timbul di lokasi pengundian.

Beliau berkata, sepatutnya SPR semakin maju dan berusaha untuk menaikkan peratus pengundian. Namun, sebaliknya yang berlaku pula.

"Peratus menurun seperti yang kita jangkakan. Sudahlah PRU di buat pada hari Rabu pertengahan minggu. Kemudian kaunter mengundi hanya disediakan dua ruang dalam kapasiti pengundi yang terlalu ramai. Papan tanda saluran tempat mengundi juga tidak jelas hingga mengelirukan ramai pengundi", kata Shukri.

"Bayangkan pengundi terpaksa menunggu terlalu lama hingga dua tiga jam beratur untuk membuang undi. Sebab itu kita tidak hairan, ada kes kematian yang berlaku gara-gara kelewatan tersebut", katanya.

"SPR tidak belajar dari kesilapan, sebaliknya mempertahankan kesilapan tersebut untuk menutup kelemahan. Saya juga hairan, masih ada kes kertas undi sudah dipangkah oleh pihak lain berlaku, sedangkan SPR sepatutnya lebih profesional dan teliti dalam melaksanakan tanggungjawab", tambah beliau lagi.

Beliau turut terkilan kerana ramai pengundi yang gagal membuang undi kerana masa tamat jam 5.00 petang, sedangkan mereka sudah berada di dalam kawasan pusat mengundi.

"Kelewatan berlaku kerana proses mengundi yang terlalu lama dan menyebabkan ada pengundi yang gagal mengundi. Bukan salah mereka, tapi sistem SPR yang tidak efisyen sebenarnya. Kenapa pengundi pula dipersalahkan kononnya datang lambat dan sebagainya. Walhal ada pengundi yang hanya boleh datang pada waktu petang kerana ada urusan di sebelah paginya", kata Shukri.

Beliau juga berharap agar SPR hanya menutup pintu pagar pusat pengundian pada jam 5.00 petang, sebaliknya mereka yang sudah berada di dalam dibenarkan mengundi. Apa yang berlaku amat mendukacitakan katanya, SPR hanya benarkan pengundi yang sudah berada di dalam dan dipanggil namanya sahaja untuk mengundi.

"Bermakna, jam 5.00 petang hanya dua orang yang berada di dalam tempat mengundi sahaja di benar. Sebaliknya ramai lagi yang belum tiba giliran tidak layak mengundi walhal mereka sudah berada dalam kawasan pusat pengundian. Ini tidak adil kerana kelemahan berpunca daripada pihak SPR sendiri sebenarnya. Sedangkan pengundi sudah beratur berjam-jam lamanya untuk membuang undi", tambahnya.

Justeru, beliau merasakan ketidakadilan seperti ini perlu diperbetulkan dan jangan menyalahkan pengundi yang datang sebelum jam 5.00 petang untuk mengundi. 

"Sepatutnya mereka yang sudah berada dalam kawasan pusat pengundian sebelum jam 5.00 dibenarkan mengundi. Hanya pagar pusat pengundia sahaja ditutup, bukannya kepada pengundi yang sudah beratur dan berada di dalam. Sebelum ini sudah ada kes masa mengundi di tambah atas sebab-sebab tertentu, kenapa lai ini hak rakyat untuk mengundi dinafikan", kata Shukri lagi. 

Tindakan tidak profesional SPR telah menyebabkan banyak kawasan mengamalmi pertausan pengundian yang menurun dari PRU13 dulu. #PDO


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Peratusan Menurun, NGO Persoal Di Manakah Sikap Profesional SPR Kendalikan PRU14 ?

Sekianlah artikel Peratusan Menurun, NGO Persoal Di Manakah Sikap Profesional SPR Kendalikan PRU14 ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peratusan Menurun, NGO Persoal Di Manakah Sikap Profesional SPR Kendalikan PRU14 ? dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/05/peratusan-menurun-ngo-persoal-di.html

Subscribe to receive free email updates: