Prof Datuk Dr Teo Kok Seong:Tidak Adil jika iktiraf UEC

Prof Datuk Dr Teo Kok Seong:Tidak Adil jika iktiraf UEC - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Prof Datuk Dr Teo Kok Seong:Tidak Adil jika iktiraf UEC, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Prof Datuk Dr Teo Kok Seong:Tidak Adil jika iktiraf UEC
link : Prof Datuk Dr Teo Kok Seong:Tidak Adil jika iktiraf UEC

Baca juga


Prof Datuk Dr Teo Kok Seong:Tidak Adil jika iktiraf UEC


Petikan berkaitan UEC oleh Tokoh Pendidikan :

Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, jika Kementerian Pendidikan mengiktiraf UEC, ia dilihat berlaku tidak adil kepada pelajar beraliran sekolah menengah kebangsaan yang sedia mengikuti silibus dalam dasar pelajaran kebangsaan.

Katanya, Kementerian Pendidikan sepatutnya bersifat melindungi sijil peperiksaan di peringkat menengah yang terdapat dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Mereka yang bersekolah persendirian Cina dan mengikuti sijil UEC ini sebenarnya tidak yakin dengan dasar pelajaran kebangsaan sebab itu mereka memilih untuk belajar dalam satu sistem di luar dasar pendidikan kebangsaan.

“Maka ia tidak adil kepada puluhan ribu pelajar yang setia dan yakin menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Kok Seong berkata, pelajar yang mengikuti sijil UEC ini mahu menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana yuran penggajian bagi satu kursus adalah murah.

“Sebabnya yuran belajar di IPTA lebih murah berbanding IPTS. Jelas terbukti, mereka mahu sangat masuk IPTA kerana kosnya murah,” katanya.

Menurutnya lagi, kalau sijil UEC ini diiktiraf, pasti akan ada permohonan daripada pertubuhan lain terutamanya SIJIL GEC A Level yang dikelolakan oleh Universiti Cambridge di United Kingdom.


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Prof Datuk Dr Teo Kok Seong:Tidak Adil jika iktiraf UEC

Sekianlah artikel Prof Datuk Dr Teo Kok Seong:Tidak Adil jika iktiraf UEC kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Prof Datuk Dr Teo Kok Seong:Tidak Adil jika iktiraf UEC dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/07/prof-datuk-dr-teo-kok-seongtidak-adil.html

Subscribe to receive free email updates: