bimbang PH dikuasai parti tamak haloba DAP

bimbang PH dikuasai parti tamak haloba DAP - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul bimbang PH dikuasai parti tamak haloba DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : bimbang PH dikuasai parti tamak haloba DAP
link : bimbang PH dikuasai parti tamak haloba DAP

Baca juga


bimbang PH dikuasai parti tamak haloba DAP

EKSKLUSIF
Oleh Razali bin Zakaria

Pengarang Kanan Ismaweb.net
KUALA TERENGGANU, 29 Zulhijjah 1439H, Isnin – PAS, walaupun sebagai kerajaan di dua negeri – Kelantan dan Terengganu – dan parti pembangkang di Dewan Rakyat, tetap mengikuti perkembangan yang berlaku di dalam Pakatan Harapan (PH), terutama apabila gabungan empat parti itu membentuk Kerajaan Pusat.
Dan, melalui pemerhatian serta pemantauan yang dilakukan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei lalu, Dewan Pemuda PAS Pusat – walaupun sepatutnya tidak perlu ambil peduli urusan dalaman PH – tetap menyatakan kebimbangan.
PAS sebelum ini pernah bergabung dengan parti tamak haloba, DAP, dan PKR dalam Pakatan Rakyat dan turut membentuk kerajaan negeri di Terengganu, Selangor dan Kedah. Tetapi. kini menarik diri dan mewujudkan blok sendiri bersama parti yang lebih kecil.
Dalam pertemuan eksklusif dengan Ismaweb.net di sini baru-baru ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, agama Islam menyatakan bahawa manusia boleh berubah.
Oleh kerana itulah kita mengharapkan amanah yang diberikan oleh rakyat kepada Tun (Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri) untuk memimpin negara, satu amanah yang akan dilaksanakan oleh beliau untuk merubah kesilapan lalu dan saya lihat bunga-bunga ke arah itu sudah wujud.
“Antaranya janji beliau untuk mengembalikan semula royalti (minyak) kepada kerajaan negeri Terengganu, sebagaimana yang beliau mengatakan bahawa beliau akan memastikan royalti dikembalikan. Jadi itu harapan kita, kerana sebagai umat Islam, manusia ini boleh berubah
“Dan, bagi saya apa yang penting kita tidak melihat kepada individu, tapi kita melihat kepada dasar dan polisi yang dibawa. Itulah pendekatan yang PAS bawa sejak dulu,” katanya.
Bagaimanapun, menjawab soalan bahawa Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketujuh tidak mempunyai kuasa mutlak sebagaimana ketika menjadi Perdana Menteri kali pertama selama 22 tahun mulai 1981 hingga 2003, Ustaz Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok berkata:
Itu yang kita bimbangkan, yang sedang disaksikan oleh rakyat sekarang di mana kita melihat realiti di dalam PH, yang sebenarnya penguasaannya ialah DAP itu sendiri, kerana kita melihat walaupun PKR mempunyai kerusi yang banyak berbanding kerusi-kerusi yang lain, tetapi dalam PKR sendiri tidak solid, ada kem-kem yang pelbagai di antara mereka… saya tak nak sebut sebab itu soal rumah tangga mereka.
“Tetapi yang kita lihat betul-betul solid ialah DAP. Jadi itu menunjukkan DAP memainkan peranan yang sangat besar dalam PH. Hari ini kita lihat beberapa isu yang berlaku, antaranya ancaman terhadap Islam, ancaman terhadap hak-hak orang Melayu, dan kita lihat bunga-bunga ke arah perkara itu untuk disentuh telah berlaku.
“Contohnya isu LGBT yang kita lihat sangat longgar. Di peringkat Kerajaan Pusat sendiri seolah-olah memberi ruang kepada golongan ini untuk bercakap dan bersuara. Jadi ini yang membimbangkan, sedangkan kita melihat kita sebagai sebuah negara Islam, ini disebutkan oleh Tun Mahathir dahulu, Malaysia ini sebuah negara Islam.
“Sepatutnya unsur-unsur seperti ini tidak boleh dibiarkan hidup dan berkembang. Mesti dibanteras kerana ia boleh merosakkan masyarakat. Soal hak asasi manusia itu tidak boleh diterima. Sedangkan kita lihat negara-negara yang bukan Islam sendiri pun menolak LGBT dan golongan seperti ini.”


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel bimbang PH dikuasai parti tamak haloba DAP

Sekianlah artikel bimbang PH dikuasai parti tamak haloba DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel bimbang PH dikuasai parti tamak haloba DAP dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/09/bimbang-ph-dikuasai-parti-tamak-haloba.html

Subscribe to receive free email updates: