[PH Bergolak, DAP serang PPBM] Kaji semula pelantikan Dr Maszlee - Sivarasa, Timb. Menteri KPLB

[PH Bergolak, DAP serang PPBM] Kaji semula pelantikan Dr Maszlee - Sivarasa, Timb. Menteri KPLB - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [PH Bergolak, DAP serang PPBM] Kaji semula pelantikan Dr Maszlee - Sivarasa, Timb. Menteri KPLB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [PH Bergolak, DAP serang PPBM] Kaji semula pelantikan Dr Maszlee - Sivarasa, Timb. Menteri KPLB
link : [PH Bergolak, DAP serang PPBM] Kaji semula pelantikan Dr Maszlee - Sivarasa, Timb. Menteri KPLB

Baca juga


[PH Bergolak, DAP serang PPBM] Kaji semula pelantikan Dr Maszlee - Sivarasa, Timb. Menteri KPLB


Pelantikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baharu perlu dikaji semula.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa berkata, beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai pelantikan berkenaan hari ini.
Menurut beliau, keputusan itu wajar dikaji semula selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) iaitu menjanjikan autonomi dan membebaskan universiti awam (UA) daripada campur tangan politik terutama membabitkan lantikan Naib Canselor serta timbalannya.
“Walaupun kita buat silap, tapi kesilapan itu boleh dibetulkan. Seperti Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad), pada satu hari beliau ambil portfolio Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.
“Namun, melihat beberapa desakan menunjukkan ia tidak dibenarkan atau bercanggah dengan manifesto, Tun membuat keputusan untuk undur. Jadi, saya harap kalau boleh, ia dikaji semula,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah kelompok PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia di Taman Ladang Glenmarie di sini, malam tadi.
Turut hadir, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zamanhuri, ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi dan calon PH bagi PRK Seri Setia, Halimey Abu Bakar.
Semalam, Kesatuan Kakitangan Akademik (ASA) UIAM menerusi Facebook (FB) mengucapkan tahniah atas pelantikan Maszlee sebagai presiden universiti itu bagi menggantikan Tan Sri Rais Yatim yang tamat kontrak pada Julai lalu.
Ketika ini, Maszlee dan UIAM yang sudah dihubungi belum memberikan sebarang maklum balas berhubung pelantikan berkenaan. - BH


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel [PH Bergolak, DAP serang PPBM] Kaji semula pelantikan Dr Maszlee - Sivarasa, Timb. Menteri KPLB

Sekianlah artikel [PH Bergolak, DAP serang PPBM] Kaji semula pelantikan Dr Maszlee - Sivarasa, Timb. Menteri KPLB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [PH Bergolak, DAP serang PPBM] Kaji semula pelantikan Dr Maszlee - Sivarasa, Timb. Menteri KPLB dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/09/ph-bergolak-dap-serang-ppbm-kaji-semula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :