Dulu Hentam GST, La ni buat CUKAI BARU : "TAHNIAH LER" sebab undi PH

Dulu Hentam GST, La ni buat CUKAI BARU : "TAHNIAH LER" sebab undi PH - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dulu Hentam GST, La ni buat CUKAI BARU : "TAHNIAH LER" sebab undi PH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dulu Hentam GST, La ni buat CUKAI BARU : "TAHNIAH LER" sebab undi PH
link : Dulu Hentam GST, La ni buat CUKAI BARU : "TAHNIAH LER" sebab undi PH

Baca juga


Dulu Hentam GST, La ni buat CUKAI BARU : "TAHNIAH LER" sebab undi PH


KUALA LUMPUR - "Tahniah buat semua yang telah mengundi kerajaan hari ini," demikian respons sinis Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika ditanya cadangan kerajaan untuk memperkenalkan cukai baharu.

Menurut beliau, pengenalan cukai tersebut sudah tentunya akan membebankan rakyat.

Malah, Asyraf turut kesal dengan alasan kerajaan memperkenalkan cukai baharu iaitu untuk mengurangkan beban hutang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

"Sudah lima bulan kerajaan PH berkuasa, mereka meneruskan pendekatan mencari salah dan menyelongkar kelemahan kerajaan dahulu. Sedangkan rakyat menanti apa sebenarnya program serta polisi baru yang ada nilai 'wow' dan boleh menyelesaikan pelbagai isu rakyat.

"Paling penting kita nak lihat rakyat tidak sesekali dianiaya. Apa juga dasar dan polisi jangan sampai bebankan rakyat yang mendambakan imbuhan dan dasar yang lebih baik daripada kerajaan dulu," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Pagi tadi, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan bercadang memperkenalkan cukai baharu yang boleh menjana hasil negara.

Kata Dr Mahathir, kerajaan turut mempertimbangkan untuk melepaskan aset negara bagi mengurangkan beban membayar hutang ditinggalkan kerajaan sebelum ini.
Dalam pada itu, Asyraf mempertahankan sikap kerajaan terdahulu yang bijak menguruskan kewangan negara sehingga mampu menyalurkan bantuan dan kemudahan kepada rakyat.

"Kerajaan sebelum ini tak pernah ada masalah dalam uruskan kewangan negara. Malah, kita mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa selain tidak pernah menerima amaran merah berkenaan hutang negara.

"Saya kira hemah dan kebijaksanaan kerajaan terdahulu uruskan kewangan telah membolehkan kita memberi pulangan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk perkhidmatan seperti BR1M. Secara umumnya kita lihat kesan gandaan positif kepada ekonomi negara," katanya. - SH


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Dulu Hentam GST, La ni buat CUKAI BARU : "TAHNIAH LER" sebab undi PH

Sekianlah artikel Dulu Hentam GST, La ni buat CUKAI BARU : "TAHNIAH LER" sebab undi PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dulu Hentam GST, La ni buat CUKAI BARU : "TAHNIAH LER" sebab undi PH dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/10/dulu-hentam-gst-la-ni-buat-cukai-baru.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :