Apa Rakyat boleh Belajar daripada Pemilihan Majlis Peguam

Apa Rakyat boleh Belajar daripada Pemilihan Majlis Peguam - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa Rakyat boleh Belajar daripada Pemilihan Majlis Peguam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa Rakyat boleh Belajar daripada Pemilihan Majlis Peguam
link : Apa Rakyat boleh Belajar daripada Pemilihan Majlis Peguam

Baca juga


Apa Rakyat boleh Belajar daripada Pemilihan Majlis Peguam


APA YANG RAKYAT BOLEH BELAJAR DARIPADA PEMILIHAN MAJLIS PEGUAM

1. Pemilihan Majlis Peguam (Malaysian Bar) 2019/2020 yang berlaku semalam (2 Dis) menunjukkan secara jelas kebangkitan golongan konservatif. Tetapi ramai yang silap faham dan berfikir bahawa ia berlaku kerana pengundi pengundi yang memilih golongan libtards sebelum ini telah berubah dan memilih golongan kanan. Hakikatnya tidak (Dan jika ada pun sedikit).

2. Yang berlaku sebenarnya adalah kebangkitan golongan senyap. Pemilihan Malaysian Bar acap kali dikritik disebabkan jumlah keluar mengundi yang rendah. [1] Pemilihan tahun lepas contohnya hanya menyaksikan 18.2% pengundi menunaikan tugas mereka.

3. Tetapi tahun ini berbeza. Saya bagi contoh calon kesayangan anda semua Siti Kasim. Tahun lepas beliau memperoleh 1,450 undi dan menduduki tempat ke 12. Tahun ini, jumlah undi kepadanya meningkat kepada 1,748 tetapi kedudukannya jatuh ke tangga ke 17 sekaligus menyebabkan beliau tersingkir [2][3]

4. Apa yang berlaku ialah jumlah yang mengundi meningkat mendadak daripada 3,279 pada tahun lepas kepada 5,512 pada tahun ini. Ini menunjukkan "majoriti senyap" yang selama ini malas nak mengundi dan malas ambil tahu mula bangun menunjukkan sikap dan pendirian mereka.[2][3]

5. Soalnya kenapa bangkit? Ayahanda saya (seorang kaunselor berdaftar) pernah bercerita bahawa antara sikap asas manusia adalah kita suka mengikut trend atau bersama dengan majoriti.  Dalam psikologi, ia dipanggil "social proof". Ia menunjukkan bahawa manusia mudah terpengaruh dengan persekitaran dan pandangan sekeliling semasa membuat keputusan. Istilah ini diperkenalkan oleh Dr Robert Cialdini pada tahun 1984 melalui bukunya, "Influence".

*6. Keadaan inilah yang sebenarnya berlaku pada PRU14. Trend ketika itu adalah menyokong Mahathir ialah cool, mengidolakan Guan Eng adalah elegan tetapi mempertahankan Najib adalah macai. Soal fakta sudah jatuh nombor 2. No 1 adalah trend.* 

*7. Atas sebab itu saya sangat mempertahankan Himpunan 812. Pemilihan Majlis Peguam yang berjaya dikuasai golongan pro status quo semalam menunjukkan bahawa rakyat hanya mahu atau berani bersuara dan bertindak JIKA mereka tahu mereka tidak bersendirian.*

8. Himpunan 812 adalah titik mula kebangkitan kaum peribumi. Ia akan menjadi trendsetter bahawa adalah sesuatu yang sangat "cool" untuk menjadi bangsa bumiputera. Adalah sesuatu yang sangat "elegant" untuk menjadi konservatif. Dan adalah sesuatu yang sangat "stylo" untuk menjadi Muslim yang berpegang kuat kepada akar agamanya.

9. Oleh itu sahabat2 ku, gagahkanlah dirimu Sabtu ini untuk bersama sama menjadi sebahagian daripada sejarah yang akan mengembalikan semula negara ini ke asas pembentukannya.

10. Kerana *percayalah pada hari ini, berdiam diri bukan lagi satu pilihan.* Silence were never an option!

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Peserta Himpunan 812 InshaAllah

#CelahGelegar 

Bacaan lanjut:

[1] http://m.utusan.com.my/berita/nasional/pemilihan-majlis-peguam-gagal-1.567358

[2] http://www.malaysianbar.org.my/bar_council_elections/results_of_bar_council_election_2019/2020.html

[3] http://www.malaysianbar.org.my/bar_council_elections/results_of_bar_council_election_2018/2019.html

[4]
 http://www.astroawani.com/berita-politik/melayu-tidak-daftar-undi-bn-berdepan-jalan-getir-pru14-168935


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Apa Rakyat boleh Belajar daripada Pemilihan Majlis Peguam

Sekianlah artikel Apa Rakyat boleh Belajar daripada Pemilihan Majlis Peguam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apa Rakyat boleh Belajar daripada Pemilihan Majlis Peguam dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/12/apa-rakyat-boleh-belajar-daripada.html

Subscribe to receive free email updates: