Judul : #DaulatHimpunan812 : Semua bangsa patut turun - Uncle Kentang (Cina Baik)
link : #DaulatHimpunan812 : Semua bangsa patut turun - Uncle Kentang (Cina Baik)
#DaulatHimpunan812 : Semua bangsa patut turun - Uncle Kentang (Cina Baik)
KUALA LUMPUR 6 Dis. - Aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang menyatakan hasrat untuk menyertai perhimpunan #DaulatHimpunan812 pada Sabtu ini.
Kata beliau, perhimpunan tersebut patut dihadiri oleh semua bangsa, bukan Melayu dan Bumiputera sahaja.
Ini kerana penolakan terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) bertujuan untuk menegakkan hak semua kaum dan mempertahankan cara hidup berbilang kaum yang sekian lama diamalkan di negara ini.
“Setiap bangsa dalam negara ini ada hak dia. Kita jangan pertikaikan hak masing-masing.
“Sekarang kita nak dengar cakap orang luar pula, nak kesamarataan dan sebagainya. Adakah selama ini tiada kesamarataan? Kita beri segala hak (yang patut),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Namun begitu, Chee Heng mengingatkan penganjur supaya berhati-hati dengan provokasi daripada pihak tertentu.
Ujar beliau, perhimpunan yang sebenarnya aman boleh bertukar kecoh sekiranya ada pihak yang sengaja mencetuskan provokasi dengan tujuan menjadikan keadaan huru-hara.
“Penganjur kena jaga. Kita buat perhimpunan aman tapi nanti tiba-tiba ada ‘kutu’ buat kecoh,” katanya. - UTUSAN ONLINE #CelahGelegar
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel #DaulatHimpunan812 : Semua bangsa patut turun - Uncle Kentang (Cina Baik)
Sekianlah artikel #DaulatHimpunan812 : Semua bangsa patut turun - Uncle Kentang (Cina Baik) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #DaulatHimpunan812 : Semua bangsa patut turun - Uncle Kentang (Cina Baik) dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/12/daulathimpunan812-semua-bangsa-patut.html