Judul : Tak Serik Aliff Aziz Bakal Di Penjara Kerana Mencuri,Tiada Duit Beli Makanan
link : Tak Serik Aliff Aziz Bakal Di Penjara Kerana Mencuri,Tiada Duit Beli Makanan
Tak Serik Aliff Aziz Bakal Di Penjara Kerana Mencuri,Tiada Duit Beli Makanan
Tak Serik Aliff Aziz Bakal Di Penjara Kerana Mencuri,Tiada Duit Beli Makanan
Pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Mohamad Aliff Aziz, 29, hari ini dijatuhkan hukuman penjara dua minggu dan denda $500 (RM1,518) kerana mencuri dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.
Dua jam kemudian, Raja Yunika bangun dan mendapati wangnya hilang lalu menelefon Aliff. Aliff bagaimanapun menafikan dia mencuri wang itu. Raja Yunika kemudian membuat laporan polis pada hari kejadian.
Aliff berjalan menuju ke teksi berdekatan dan menendang bampar kenderaan itu. Dia kemudian ditahan kerana bertengkar dengan seorang kenalannya.
Pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Mohamad Aliff Aziz, 29, hari ini dijatuhkan hukuman penjara dua minggu dan denda $500 (RM1,518) kerana mencuri dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.
Terdahulu, Aliff, mengaku bersalah di atas dua pertuduhan itu pada 7 Ogos lalu di Mahkamah Singapura.
Difahamkan, itu bukan kali pertama Aliff melanggar undang-undang. Pada 2014, Aliff didenda $2,000 (RM6,000) kerana mencuri dua buah telefon bimbit.
Dalam kes terkini, mahkamah dimaklumkan Aliff bertemu dengan pelakon Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri, 32, di biliknya di sebuah hotel sekitar tengah malam 7 Jun 2019.
Mereka bertemu untuk berbincang bagaimana Raja Yunika boleh membantu memajukan karier nyanyiannya di Indonesia.
Kira-kira jam 1 pagi, Raja Yunika pergi ke tingkat dua biliknya untuk berehat dan meninggalkan beg tangannya berhampiran Aliff.
Sebelum meninggalkan bilik itu, Aliff dikatakan membuka beg tangan itu dan mencuri wang tunai $300 (RM900) dan satu juta rupiah (RM280).
Dua jam kemudian, Raja Yunika bangun dan mendapati wangnya hilang lalu menelefon Aliff. Aliff bagaimanapun menafikan dia mencuri wang itu. Raja Yunika kemudian membuat laporan polis pada hari kejadian.
Timbalan Pendakwa Raya Sarah Siaw berkata, Aliff kemudian mengakui yang dia mencuri wang itu kerana dia memerlukan wang.
Aliff menggunakan wang tunai itu untuk membeli makanan dan membayar kos pengangkutan.
Dalam kes yang tidak berkaitan, Aliff didapati berada di bawah pengaruh alkohol berhampiran pusat beli-belah Orchard Towers sekitar jam 5.30 pagi pada 10 November 2019.
Seorang anggota polis yang berada berdekatan ternampak Aliff menjerit dengan kuat dan memberi isyarat kepada seseorang.
Sarjan Theodore Lee, 24, meminta Aliff untuk bertenang sebelum beredar, tetapi sejam kemudian, kejadian yang sama berulang lagi.
Aliff berjalan menuju ke teksi berdekatan dan menendang bampar kenderaan itu. Dia kemudian ditahan kerana bertengkar dengan seorang kenalannya.
Aliff mula membina kariernya sejak tahun 2007 setelah memenangi satu program rancangan realiti di negara itu.
Tahun lalu, Aliff menjadi perhatian banyak pihak susulan beberapa kes kontroversi yang membabitkan rumah tangganya.
Sumber: Straits Times
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Tak Serik Aliff Aziz Bakal Di Penjara Kerana Mencuri,Tiada Duit Beli Makanan
Sekianlah artikel Tak Serik Aliff Aziz Bakal Di Penjara Kerana Mencuri,Tiada Duit Beli Makanan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tak Serik Aliff Aziz Bakal Di Penjara Kerana Mencuri,Tiada Duit Beli Makanan dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2020/09/tak-serik-aliff-aziz-bakal-di-penjara.html