Judul : 5 Peniaga Ditahan, Bunga Api Dan Mercun Dirampas
link : 5 Peniaga Ditahan, Bunga Api Dan Mercun Dirampas
5 Peniaga Ditahan, Bunga Api Dan Mercun Dirampas
JOHOR BAHRU – Polis menahan lima lelaki dan merampas pelbagai jenis bunga api serta mercun bernilai RM7,100 dalam serbuan di Bazar Ramadan Kluang malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham berkata kesemua peniaga berumur di antara 25 hingga 44 tahun itu ditahan menerusi Ops Cantas Khas Ramadan kira-kira 11 malam tadi.
“Serbuan dilakukan selepas polis bertindak atas maklumat berkaitan penjualan bunga api dan mercun di bazar terbabit. Antara bunga api dan mercun yang dirampas di dalam kotak itu tertera nama ‘Happy Boom Glow Of Sunset’, ‘Football Crackers’ dan ‘Happy Boom King Cat-7’,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohamad berkata pemeriksaan mendapati seorang daripada peniaga terbabit mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntuk hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tI19iY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel 5 Peniaga Ditahan, Bunga Api Dan Mercun Dirampas
Anda sekarang membaca artikel 5 Peniaga Ditahan, Bunga Api Dan Mercun Dirampas dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/5-peniaga-ditahan-bunga-api-dan-mercun.html