Bukan Cerita Hantu

Bukan Cerita Hantu - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bukan Cerita Hantu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bukan Cerita Hantu
link : Bukan Cerita Hantu

Baca juga


Bukan Cerita Hantu

Bukan Cerita Hantu

Saya seorang perempuan berumur hujung 20-an. Saya tak pernah lihat hantu secara berdepan seumur hidup saya.

Dulu saya rasa agak sedih sebab masa kita kecil-kecil, kalau kita boleh cerita pada kawan-kawan pengalaman jumpa hantu ni dikira hebat habis. Asal balik kampung, asal jumpa kawan baru je nak cerita hantu. Kalau boleh cerita pengalaman kawan kepada kawan makcik jiran kawan pun ada. Punya nak relate.

Cerita hantu ni kononnya pemecah kekok dan perapat silaturrahimlah kan.
Bila dah besar ni barulah saya rasa kemengarutan cerita-cerita hantu, baik dari filem pecah panggung, atau cerita mulut fiksyen mahupun benar.

Saya masih tak boleh faham. Apa yang kita boleh dapat daripada cerita hantu ni? Filem seram Hollywood, Jepun, Korea, Thai etc. kebanyakan semata-mata nak bagi orang jerit saja. Kalau cerita up sikit bagilah unsur-unsur penyiasatan sikit. Tapi still point dia -hantu.

Cerita melayu pun sama. Semata-mata hantu. Tapi selalunya adalah selit pengajaran sikit. Contohnya kena faham maksud ayat kursi, jangan buat benda syirik. Tapi kadang-kadang hujung cerita baru ada. Selebihnya obviously semua nak tunjuk hantu dan seram semata.

Budak-budak kat rumah saya ni pun lari lintang pukang bila dengar opening lagu drama Ceplos. Daripada situ diorang belajar istilah hantu: relate kepada makhluk baju putih atau hitam, muka hodoh, menari dengan Kaza. Mak dia pun tak boleh nak explain. Hantu tu apa? Baru nak ajar kenal Allah, dah lebih kenal hantu dulu.

Apa yang peminat cerita hantu ni dapat sebenarnya? Saya wonder seikhlasnya. Nak kata bila tengok filem atau dengar cerita hantu ni boleh jadi tough atau boleh jadi pawang halau iblis, tak pun. M akin jadi penakut lagi adalah.

Adik saya sampai darjah lima pun mandi tak mahu tutup pintu, gara-gara takut hantu. Ada pula yang lepas tengok cerita hantu jadi penakut nak pergi mana-mana. Semua nak berteman. Kan menyusahkn orang lain? Tapi pelik kalau ada cerita hantu dia yang nak tahu dulu.

Tidak ke itu melemahkan tauhid kita?

Patutnya kita ajak manusia takut kepada Allah yang utama. Tapi ni ajar lagi takut hantu. Hantu tu lagi berkuasa dari Tuhankah? Boleh jatuh jadi syirik.

Lagi saya tak boleh hadam, bila ada pula hamba Allah buat filem pendek tentang hantu yang tiba-tiba jadi makmum seorang perempuan yang sedang solat. Lepas ni orang nak solat pun terbayang hantu kat belakang, bukannya terbayang Allah kat depan atau ingat malaikat maut. Solat pun tak khusyuk.

Yang cerita hantu dari mulut ke mulut pun satu. Yang diganggu makcik karipap kat asrama tu kisah 20 tahun lepas. Tapi sampai 20 generasi tak berani bangun qiam sebab takut makcik karipap yang diorang tak pernah jumpa tu.

Satu lagi, masa kat asrama siap ada cerita: kalau nak jumpa jin, baca surah al-Jin 40 kali. Logik apakah itu? Al-Quran tu bukankah penghalau syaitan? Bukan nak puja syaitan! Sampai bertahun saya yang naif ni skip baca surah Jinn tu sebab takut tahu tak. Padahal bila dah besar baca terjemahan dia ada cerita kebesaran Allah je, tak ada cerita scary pun dalam surah tu. Memang nahas juga siapa yang reka cerita ni. Menjauhkan orang dari agama sungguh.

Saya tak pernah lihat hantu. Masa tinggal di asrama dulu dari form 1 sampai form 5 saya bangun pukul 1-2 pagi sorang-sorang pergi toilet. Alhamdulillah tak pernah jumpa apa-apa. Saya anggap ni hadiah dari Allah. Allah dah tolong hijab saya dari gangguan syaitan. Jadi tak perlulah saya nak cari-cari syaitan dan iblis tu dalam cerita hantu tu. Macam tak bersyukur pula.

Segala pengajaran daripada cerita hantu tu kita boleh dapat tanpa tonton/dengar kisah hantu tu. Belajar tafsir al-Quran. Belajar sifat hantu dari 3 Qul. Cara nak halau pun ada.

Saya pernah diganggu juga di asrama dulu. Makhluk Allah berderam bunyi depan muka. Saya cuma tutup mata dan muka dengan selimut. Baca ayat kursi, masih tak pergi. Akhirnya, saya berdoa pada Allah supaya saya tertidur. Alhamdulillah Allah makbulkan.

Pengajaran yang saya dapat masa tu, saya bertuhankan Allah, bukan ayat kursi. Jadi saya kena bergantung pada Allah dulu sebelum ayat jampi (masa tu ayat kursi ni dikira ayat jampi semata sebab tak faham maksud). Dari situ juga saya belajar yang manusia tak kebal. Kadang-kadang tak ada angin atau hujan, Allah hantar ujian yang kita tak sangka-sangka.

Masa dah besar pun pernah diganggu tapi saya suka fokus pada apa yang Allah nak sampaikan saja melalui gangguan iblis/syaitan hantu ni.

Sampai sekarang saya memang tak suka filem hantu, maybe orang kata sebab saya penakut, katalah apa nak kata. Saya lebih kepada nak menjaga iman dan ibadah sebenarnya. Daripada terbayang-bayang, lebih baik saya avoid benda yang sia-sia bagi saya.

Tak faham kenapa TV tayang cerita The Ring minggu lepas. Dalam bulan puasa.

Akak Penakut

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2syHxBs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Bukan Cerita Hantu

Sekianlah artikel Bukan Cerita Hantu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bukan Cerita Hantu dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/bukan-cerita-hantu.html

Subscribe to receive free email updates: