Luka Yang Tidak Kelihatan

Luka Yang Tidak Kelihatan - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Luka Yang Tidak Kelihatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Luka Yang Tidak Kelihatan
link : Luka Yang Tidak Kelihatan

Baca juga


Luka Yang Tidak Kelihatan

Luka Yang Tidak Kelihatan

08:54 16/6/2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Isu semasa. Buli. Jadi aku nak ambil sikit dari waktu aku yang berharga untuk menulis diruangan IIUM confession pagi ni. Sekarang memang tengah hangat sangat pasal kisah buli dalam kalangan pelajar. Semalam aku terbaca satu lagi berita pasal sorang budak india meninggal sebab kena buli jugak. Buli ni bukan baru hari ni terjadi. Bukan baru sehari dua. Tapi dah lama sangat dah berlaku. Bukan hanya jadi pada kaum melayu, india, cina malah berlaku diseantero dunia. Dengan hanya menaip menggunakan telefon pintar atau komputer riba pun kamu sudah boleh menjadi seorang pembuli.

Apa yang kita lihat sehari dua ni adalah kesan hari pembuatan membuli. Yang mana luka dari perbuatan tu boleh dilihat dengan mata kasar. Kamu senang saja boleh mencari si pelaku yang bertanggungjawab melakukan perbuatan buli ini. Tapi bagai mana pula luka yang tidak kelihatan dengan mata kasar akibat dibuli secara mental? Ejek, serangan peribadi, cyber bully. Kadang kita buat benda ni dalam keadaan tidak sedar. Ya, Kita tidak sedar kita telah melukakan seseorang tetapi luka itu tidak boleh dilihat dengan mata kita. Kita tidak sedar kita telah membuli.

Contoh yang tidak jauh adalah diri aku sendiri. Ya, aku tak cantik. Hitam. Miskin. Dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah orang ejek dengan macam macam perkataan yang aku tak nak ingat lagi dah. Malah bila masuk matrik hingga masuk U pun aku boleh rasa pandangan jijik orang pada aku. Bukan aku je jadi mangsa. Kadang ayah aku pun orang ejek sewenang-wenangnya. Hancur hati aku bila orang cakap yang tak baik dekat ayah aku. Salah ke jadi hitam? Salah ke jadi tak cantik? Mungkin salah sebab fitrah manusia ni memang sukakan kecantikan.

Kesannya, aku jadi takut nak berdepan dengan orang. Takut bayang-bayang semalam akan menghantui aku semula. Takut lelaki. Takut nak hadapi masa depan. Berapa banyak kali aku rasa nak bunuh diri disebabkan stress melampau. Aku rasa tak disayangi. Aku rasa tak layak hidup. Tapi pembuli ada ambil kisah semua tu? Tak. sebab ianya cuma ejekan. Ala, manja sangat sampai tak boleh ejek-ejek. Manja sangat sampai sentap memanjang. Aku mampu menangis dalam hati. Aku tak nak luahkan dekat sesiapa sebab aku tahu mesti dalam hati dia cakap ala kena ejek je pun, bukan mati pun kena ejek. Macam mana aku tahu? Sebab aku pernah bagitahu pada orang yang sepatutnya profesional dalam menangani masalah ni tapi itu feedback yang aku dapat.

Sebab tu bila aku tengok video orang nak bunuh diri, aku tak sampai hati nak tulis biar je la dia bunuh diri. Baru la aman dunia tanpa orang BODOH YANG TAK BERFIKIR PANJANG. Allah. Aku boleh rasa keperitan hidup orang yang nak bunuh diri tu. Dia kalau hidup dia bahagia dan tahu mana nak mengadu masalah dia takkan nak bunuh diri. Kalau dia boleh berfikiran waras dia takkan sanggup nak ambil nyawa dia sendiri.

Kita sebagai netizen jangan sesekali beri tekanan dan tambah masalah dia. Bagi moral support. Dia nak hidup bahagia jugak. Dia perlukan sokongan kita supaya boleh rasa disayangi dan rasa hidup dia bermakna pada orang lain. Mak ayah pantau anak-anak. Tanya masalah dia. Jadi kawan pada anak-anak. Jangan sebab orang lain kawin awal, kau pun nak kawin awal. Tapi tak pandai nak monitor pergerakan anak-anak. Ajar dia supaya hormat orang lain. Ajar dia supaya dia tak menjadi orang yang tak berhati perut membuli orang dari segi fizikal atau mental. Anak anak ni acuan mak ayah. Tegur dia sementara masih boleh ditegur. jangan nanti bila anak dah besar panjang (kes Arwah adik Farhan) baru nak sedih, baru nak tegur.

Masa tu anak-anak dah jadi macam Anakku Sazali. Dah tak boleh ditegur. Dah tak lut dipukul. Bila orang mengadu pasal anak kita, ambik berat. Jangan marah orang yang mengadu. Sebab kita bukan 24 jam ada dengan anak-anak. Orang yang memerhati, Orang lebih tahu tentang anak kita. Jangan jadi mak ayah yang bebal tak boleh diajar. Dia yang anak jadi besar kepala sebab bila orang mengadu anak dia salah, bukan anak yang kena marah. Tapi si pengadu.

Maaf para ibu bapa diluar sana. Aku pun bakal berkeluarga. Bakal ada anak kalau ada rezeki. Kita sama-sama ubah. Jangan biarkan ego kita membinasa hidup orang lain. Pandai buat anak, pandai la didik, corakkan supaya jadi anak yang berguna yang tahu batasan bergurau, yang tahu hormat orang, yang tahu jaga air muka mak ayah, yang tahu jaga hati dan perasaan mak ayah dan orang sekeliling.

Pada adik-adik yang baru nak mengenal dunia. Sekarang ni zaman teknologi. Andai ada orang membuli, kalau takut nak cakap depan-depan dekat mak ayah atau cikgu, boleh je wassap. Luahkan apa yang kau rasa. Jangan pendam dik. Sakit. Kau takkan mampu nak tahan kesakitan tu. Cegah sebelum parah. Pada pembuli, cari orang yang pernah kau buli atau ejek zaman sekolah dulu, pergilah mintak maaf. In Syaa Allah ada kemaafan buat kau. Pada yang masih membuli, hentikan lah. Kifarah tu ada. Jangan nanti bila dah ada anak nanti, anak sampai bunuh diri sebab dibuli. Pada yang suka bercakap buruk dan menghentam orang di media sosial, hentikanlah perbuatan anda. Jangan jadi pembunuh. Hebatnya cuma di dunia maya. Entah-entah didunia nyata dia adalah antara mangsa buli. Hentikan lah kitaran ni.

Sejak dari aku dibuli sampai ke hari ni, jiwa aku sebenarnya sudah dibunuh secara senyap-senyap.

Sekian, terima kasih

09:42

Katniss

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t7W307

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Luka Yang Tidak Kelihatan

Sekianlah artikel Luka Yang Tidak Kelihatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Luka Yang Tidak Kelihatan dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/luka-yang-tidak-kelihatan.html

Subscribe to receive free email updates: