Judul : Perkongsian Dari Lelaki Ini Tentang Mengingati Kematian Buat Ramai Orang Islam Tersentuh
link : Perkongsian Dari Lelaki Ini Tentang Mengingati Kematian Buat Ramai Orang Islam Tersentuh
Perkongsian Dari Lelaki Ini Tentang Mengingati Kematian Buat Ramai Orang Islam Tersentuh
Hidup di dunia ini tidaklah selama-lamanya. Akan tiba masanya kita akan terpisah dengan dunia dan isinya. Ianya berlaku saat kematian tiba tanpa ada seorang pun yang dapat lari atau menghindari kematian.
Kerana itulah juga, mengingati kematian akan melembutkan hati dan menghancurkan ketamakan terhadap dunia. Perkongsian dari Misrudinn Anwar tentang mengingati kematian ini mendapat lebih 10 ribu perkongsian dari netizen.
Salam dan perkongsian. Rabu 19 Ramadan. Lebih-lebih lagi sebagai satu peringatan buat diriku. Antara ribuan komen tentang kematian, ada 1 komen yg sgt meruntun jiwa..Semoga kita sama2 dapat membacanya.
Ini di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:-
Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.
Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.
Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.
Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Kehidupan akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!
Kesedihan atas mu ada 3.
1. Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan.
2. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa!
3. Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun ! Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan..
Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT! . Telah hilang kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.
Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu ! Hakikat ini memerlukan renungan. Usahakan dengan sungguh2. Jalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.
Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insha Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"
AllahuRabbi.. Kubur itu semakin dekat untuk didiami! Tazkirah KEMATIAN di atas Semuga kita semua insaf bahawa perjalanan sebenar kita masih jauh dan berliku... kita sedang menuju ke alam akhirat yg abadi. Lalu apakah persiapan kita sudah mencukupi?
Saya ingin memohon maaf atas apa jua kesalahan.
Koleksi video viral edisi 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rCRw3u
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Perkongsian Dari Lelaki Ini Tentang Mengingati Kematian Buat Ramai Orang Islam Tersentuh
Sekianlah artikel Perkongsian Dari Lelaki Ini Tentang Mengingati Kematian Buat Ramai Orang Islam Tersentuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perkongsian Dari Lelaki Ini Tentang Mengingati Kematian Buat Ramai Orang Islam Tersentuh dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/perkongsian-dari-lelaki-ini-tentang.html