Judul : Sambut budak dicampak dari tingkat lima
link : Sambut budak dicampak dari tingkat lima
Sambut budak dicampak dari tingkat lima
INILAH lelaki yang menyambut kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dicampak dari tingkat lima Menara Grenfell - setinggi 16 meter - oleh ibu bapanya dalam usaha menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.
Kanak-kanak itu disambut jirannya yang hanya dikenali sebagai Pat, seperti menangkap bola ragbi.
Menurut saksi, Pat kemudian memeluk erat kanak-kanak itu, melindunginya daripada serpihan yang jatuh sebelum berlindung di bawah pokok.
Ibu kanak-kanak itu masih hilang, dipercayai antara mangsa yang terkorban dalam kebakaran itu dengan pihak berkuasa kini bimbang jumlah korban boleh mencapai lebih 100 orang.
Menurut akhbar The Sun, jumlah korban kini mencecah 65 orang berdasarkan senarai rasmi orang hilang manakala angka pihak berkuasa masih kekal 17 orang sejak semalam.
Menurut Mirror, kanak-kanak itu kemudian dirawat paramedik di tempat kejadian manakala Pat dikejarkan ke hospital.
Seorang penghuni menara itu, Kadelia Woods, 20, berkata: “Ibu kanak-kanak itu yang membalut kepala anaknya dengan tuala, menghulurkannya keluar melalui tingkap sambil menjerit meminta tolong.
“Api marak dengan pantas. Ketika itu kira-kira 2 pagi dan flat sudah diselubungi asap.
“Pat menjerit: ‘Jatuhkan dia, saya sambut’. Ibu kanak-kanak itu menjerit: ‘Tidak, tidak, saya tak sanggup’.”
“'Pat berterusan berusaha meyakinkannya supaya menjatuhkan anaknya itu.
“Sebaik wanita itu menjatuhkannya, kami semua terpaku, namun Pat berjaya menyambutnya seperti menangkap bola ragbi.”
Tindakan Pat itu antara banyak lagi aksi ‘wira’ yang membantu mangsa kebakaran berkenaan, yang terburuk dalam sejarah moden Britain.
Poster mangsa yang hilang dan keluarga yang berusaha mengesan anggota keluarga masin-masing. - Foto Agensi
Kes lain, seorang bayi dicampak dari bangunan itu juga terselamat selepas disambut orang ramai.
Seorang saksi, Samira Lamrani, berkata dia melihat seorang lelaki berlari untuk menyambut seorang budak yang dicampak dari tingkat sembilan atau 10 .
“Seorang wanita memberi isyarat dia mahu mencampakkan bayinya dan mahu orang ramai di bawah menyambutnya.
“Seorang lelaki muncul memberi isyarat bersedia dan berlari menyambut bayi itu,” katanya yang percaya bayi berkenaan selamat.
Seorang penduduk, Zara, memberitahu radio LBC dia melihat wanita mencampakkan anak lelakinya dari tingkat lima atau enam.
“Saya rasa budak itu selamat, hanya mengalami patah tulang dan lebam,” katanya.
Namun tidak semua selamat kerana saksi menyatakan nampak orang dewasa yang terjun namun terhempas dan meninggal dunia.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ryaw8e
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Sambut budak dicampak dari tingkat lima
Anda sekarang membaca artikel Sambut budak dicampak dari tingkat lima dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/sambut-budak-dicampak-dari-tingkat-lima.html