Judul : Pikap tentera Thai digempur bom 100kg, enam maut di Pattani
link : Pikap tentera Thai digempur bom 100kg, enam maut di Pattani
Pikap tentera Thai digempur bom 100kg, enam maut di Pattani
Ketua Polis Pattani Mejar Jeneral Piyawat Chalermsi berkata kejadian 11.40 pagi waktu tempatan itu berlaku ketika anggota terbabit sedang melakukan rondaan di wilayah bergolak itu.
"Bom seberat 50 kilogram (kg) hingga 100kg ditanam di jalan itu dan diletupkan ketika kenderaan trak pikap dinaiki tentera itu melalui jalan terbabit," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata letupan bom buatan sendiri itu menyebabkan trak itu melambung tinggi ke udara selain menyebabkan lubang sedalam beberapa meter di jalan berkenaan.
Serpihan kenderaan pikap itu ditemui bertaburan di merata tempat di lokasi kejadian.SELATAN-BOM 2 (AKHIR) PATTANI
Piyawat berkata keempat-empat anggota tentera yang cedera itu dibawa ke Hospital Pattani untuk rawatan.
Menurutnya kira-kira 100 anggota tentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memburu mereka yang bertanggungjawab.
Sementara itu, pegawai penyiasat di Balai Polis Thungyangdaeng Mejar Pomphet Choklang berkata pihaknya menemukan tong gas yang dipercayai digunakan untuk menghasilkan letupan yang membunuh enam anggota tentera itu.
"Siasatan diteruskan untuk mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab serta motif mereka," katanya.
Konflik bersenjata di empat wilayah selatan Thailand sejak awal 2000 sehingga kini telah mengorbankan lebih daripada 6,000 orang.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2srmGNo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Pikap tentera Thai digempur bom 100kg, enam maut di Pattani
Anda sekarang membaca artikel Pikap tentera Thai digempur bom 100kg, enam maut di Pattani dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/pikap-tentera-thai-digempur-bom-100kg.html