Judul : Anwar persoal penglibatan Shafee dalam penyambungan khidmat Md Raus
link : Anwar persoal penglibatan Shafee dalam penyambungan khidmat Md Raus
Anwar persoal penglibatan Shafee dalam penyambungan khidmat Md Raus
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sama ada Tan Sri Shafee Abdullah terlibat dalam penyambungan perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Makinudin.
“Saya telah difahamkan bahawa peguam Tan Sri Shafee Abdullah terlibat di dalam menyediakan pandangan perundangan serta asas untuk memutuskan perkara berkenaan penyambungan perkhidmatan Md Raus dan Zulkefli.
“Sekiranya benar, maka perkara tersebut perlu dimaklum kepada umum secara telus,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Anwar berkata lanjutan perkhidmatan selama untuk tiga tahun dan dua tahun masing-masing untuk Md Raus dan Zulkefli mengundang reaksi negatif oleh umum kerana melibatkan persoalan pelanggaran perlembagaan.
Malah katanya, beberapa bekas hakim mahkamah persekutuan dan Majlis Peguam telah menyatakan penafsiran mereka bahawa penyambungan itu adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara ini amat kritikal kerana melibatkan hak rakyat untuk menikmati institusi kehakiman yang bebas,” katanya.
Jumaat lalu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa Md Raus akan menyandang jawatan Ketua Hakim Negara bagi tempoh tiga tahun bermula 4 Ogos ini selepas dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan mulai tarikh dan bagi tempoh yang sama.
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Anwar persoal penglibatan Shafee dalam penyambungan khidmat Md Raus
Sekianlah artikel Anwar persoal penglibatan Shafee dalam penyambungan khidmat Md Raus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anwar persoal penglibatan Shafee dalam penyambungan khidmat Md Raus dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/07/anwar-persoal-penglibatan-shafee-dalam.html