Mana Matang, Sejahteranya Politik PAS? Tidak Lain Hanya Bantu Najib, BN Kekal

Mana Matang, Sejahteranya Politik PAS? Tidak Lain Hanya Bantu Najib, BN Kekal - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mana Matang, Sejahteranya Politik PAS? Tidak Lain Hanya Bantu Najib, BN Kekal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mana Matang, Sejahteranya Politik PAS? Tidak Lain Hanya Bantu Najib, BN Kekal
link : Mana Matang, Sejahteranya Politik PAS? Tidak Lain Hanya Bantu Najib, BN Kekal

Baca juga


Mana Matang, Sejahteranya Politik PAS? Tidak Lain Hanya Bantu Najib, BN Kekal


KENYATAAN KHALIL HADI BERBAUR PERKAUMAN, DI MANA MATANG DAN SEJAHTERANYA POLITIK PAS

1. Kenyataan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi semalam bahawa undi kepada PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) adalah undi kepada DAP merupakan satu kenyataan berbaur perkauman dalam usaha PAS membantu Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak dan UMNO mengekalkan 'survival' politik mereka.

2. Kenyataan tersebut begitu meleset kerana perjuangan HARAPAN adalah bagi menyelamatkan negara daripada pemerintahan kleptokrasi Datuk Sri Najib Razak dan UMNO yang banyak melakukan jenayah rasuah dan salah urustadbir wang negara sehinggakan skandal-skandal korupsi berskala mega seperti 1MDB dan Felda mendapat perhatian antarabangsa.

3. Pada masa yang sama, tawaran 100 hari pemerintahan HARAPAN seperti pemansuhan GST, penyiasatan skandal 1MDB melalui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja dan kestabilan harga petrol serta tawaran-tawaran oleh Pemuda HARAPAN dalam isu pendidikan, pekerjaan, dan perumahan adalah objektif dan halatuju yang positif dan konkrit oleh HARAPAN dalam usaha membina semula negara bagi membebaskan rakyat daripada kezaliman dan bebanan kos sara hidup.

4. Ironinya, PAS hanya bergantung kepada sentimen perkauman dalam berhadapan Pilihan raya Umum Ke-14. Keengganan PAS untuk bersama HARAPAN untuk membentuk satu barisan bersatu (united front) adalah bukti kegagalan PAS untuk bersama-sama menyelamatkan negara.

5. Membangkitkan isu campurtangan kuasa asing terhadap usaha HARAPAN menentang korupsi terutama skandal 1MDB adalah suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan naif tentang jenayah penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin utama negara. PAS dilihat lebih rela membiarkan kleptokrat terus berkuasa walaupun ianya bertentangan dengan Syariat.

6. Kenyataan tersebut yang menyatakan bahawa undi kepada HARAPAN adalah undi kepada DAP adalah penekanan semula kenyataan Datuk Sri Najib Razak dalam Perhimpunan Agong UMNO tahun 2016 yang mengatakan bahawa ketuanan HARAPAN adalah DAP. Mungkinkah, persamaan fikrah antara PAS dan UMNO sekarang hasil pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hanya mahu menjadi penasihat merupakan suatu kemahuan dan bukan lagi kebetulan.

7. Rakyat terutama ahli dan penyokong PAS diharapkan membuka mata terhadap perubahan sikap PAS yang menjadi tongkat UMNO dan seterusnya gagal mengangkat aspirasi rakyat yang mengharapkan perubahan dalam negara. Memberi undi kepada PAS adalah memberi undi kepada UMNO yang selama ini berjuang atas nama perkauman. Memainkan sentimen perkauman bukanlah suatu sikap yang matang kerana ia tidak membawa kesejahteraan kepada negara.

Menggalas Harapan Perubahan
FAIZ FADZIL
Timbalan Ketua
Pemuda AMANAH Nasional


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Mana Matang, Sejahteranya Politik PAS? Tidak Lain Hanya Bantu Najib, BN Kekal

Sekianlah artikel Mana Matang, Sejahteranya Politik PAS? Tidak Lain Hanya Bantu Najib, BN Kekal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mana Matang, Sejahteranya Politik PAS? Tidak Lain Hanya Bantu Najib, BN Kekal dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/mana-matang-sejahteranya-politik-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :