Judul : Hampir 2 Tahun PKR Santuni PAS, tapi mereka lebih lunak dengan UMNO/BN
link : Hampir 2 Tahun PKR Santuni PAS, tapi mereka lebih lunak dengan UMNO/BN
Hampir 2 Tahun PKR Santuni PAS, tapi mereka lebih lunak dengan UMNO/BN
Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR |
Setiausaha Agung PKR menafikan beliau meletakkan jawatan dan menganggap dakwaan itu sebagai adu domba pihak yang tidak mahu melihat PKR terus stabil serta Pakatan Harapan (Harapan) terus kuat.
Mengulas lanjut mengenai khabar angin yang dikaitkan dengan ketidakpuasan hati terhadap arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai rundingan perlu dilakukan antara PKR dengan Pas itu, Datuk Saifudin Ismail Nasution berkata, beliau kecewa kerana menerima kecaman.
“PKR berusaha hampir dua tahun mendekati dan menyantuni Pas. Pelbagai usaha dan ikhtiar dibuat. Siri-siri pertemuan melibatkan Mursyidul Am, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung dan Pengarah Pilihanraya Pas,” katanya.
Beliau berpendirian, setiap usaha dan ikhtiar harus ada garis masanya supaya ada kepastian dan memudahkan semua pihak.
Katanya, setiap usaha dibuat namun keputusan muktamar dan Majlis Syura yang memutuskan hubungan dengan PKR.
“Sampai macam tu PKR menunjukkan jiwa besar demi mencapai kerjasama terbaik guna mendepani Umno-BN pada PRU14.
“Rakyat dapat melihat dengan jelas usaha ini, saban hari Pas menunjukkan sikap dingin dengan PKR dan Harapan, sebaliknya mereka semakin lunak dengan Umno/BN.
“Di sebalik Harapan, yang mana PKR adalah parti komponennya membuat keputusan untuk mengukuhkan kerjasama bagi menghadapi PRU14 dan tidak lagi bekerjasama dengan Pas,” katanya.
Saifudin berkata, ketika Anwar tampil dengan nota dari penjara, Harapan juga membuat keputusan.
“Mengenali beliau secara dekat, Anwar seorang yang sangat menghormati setiap keputusan yang dibuat secara bersama dan tidak sukar untuk beliau faham mengapa Harapan membuat keputusan tersebut.
“Tidak sukar juga dilihat setelah diusahakan demikian lama, Pas tetap memilih jalannya sendiri. Adalah lebih utama PKR menumpukan sepenuh usaha dan tenaga membantu mengukuhkan Harapan dan menerima hakikat Pas telah ada pilihannya,” katanya.
Beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menemani Anwar di mahkamah, hari ini.
Katanya, komitmennya bersama PKR dan Harapan dan khabar angin peletakan jawatan adalah tidak benar.
“Kepada pihak yang berusaha mencipta khabar itu, menyebarkan dan kemudian merayakannya, saya maafkan,” katanya.
Terdahulu, Saifudin yang baru pulang dari London selepas menghadiri mesyuarat dengan Pengerusi Arakan Rohingya National Organisation, Nurul Islam selain bertemu wakil International Institute of Islamic Thought iaitu Dr Dziauddin Sardar dan Dr Anas Ali. - SH
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Hampir 2 Tahun PKR Santuni PAS, tapi mereka lebih lunak dengan UMNO/BN
Sekianlah artikel Hampir 2 Tahun PKR Santuni PAS, tapi mereka lebih lunak dengan UMNO/BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hampir 2 Tahun PKR Santuni PAS, tapi mereka lebih lunak dengan UMNO/BN dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/hampir-2-tahun-pkr-santuni-pas-tapi.html