Judul : [PAS=BN] Mengundi PAS sama macam mengundi BN, Dr M jawab PAS
link : [PAS=BN] Mengundi PAS sama macam mengundi BN, Dr M jawab PAS
[PAS=BN] Mengundi PAS sama macam mengundi BN, Dr M jawab PAS
Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kenyataan seorang pemimpin PAS semalam yang menyifatkan satu undi kepada Pakatan Harapan seperti satu undi kepada DAP.
Sebaliknya, pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata memberi undi kepada PAS sebenarnya memberi undi kepada Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
“Undi kepada PAS sama dengan undi kepada BN sama juga,” kata bekas perdana menteri itu kepada wartawan ketika menghadiri prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) di Istana Kehakiman di sini.
Semalam, Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata mengundi untuk PH sama seperti memberikan undi kepada DAP, yang menurutnya dibayangi “evangelis Kristian” yang mahu menawan negara ini.
“Tindak tanduk DAP jelas mahu menjadi dominan di dalam PH, sekali gus menentu arah setiap tindakan pakatan itu,” kata Khalil.
Kenyataan itu di sebalik perdebatan di kalangan beberapa pemimpin PKR sama ada mahu meneruskan kerjasama dengan PAS, sesuatu yang ditentang keras oleh Dr Mahathir. - FMT
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel [PAS=BN] Mengundi PAS sama macam mengundi BN, Dr M jawab PAS
Sekianlah artikel [PAS=BN] Mengundi PAS sama macam mengundi BN, Dr M jawab PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [PAS=BN] Mengundi PAS sama macam mengundi BN, Dr M jawab PAS dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/pasbn-mengundi-pas-sama-macam-mengundi.html