Judul : Pengguna Twitter marah PM ‘bantu perkukuh ekonomi AS’
link : Pengguna Twitter marah PM ‘bantu perkukuh ekonomi AS’
Pengguna Twitter marah PM ‘bantu perkukuh ekonomi AS’
Kenyataan pembukaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa perjumpaannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengundang bidasan dan memberangkan pengkritik di tanah air.
"Saya ingin katakan bahawa kami datang ke sini dengan membawa cadangan nilai yang kukuh untuk dikemukakan.
"Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS," katanya pada pertemuan itu di Rumah Putih, Washington DC hari ini.
Antara lain, Najib berkata Malaysia komited untuk membeli 25 Boeing 737 Max 10 dan lapan Boeing 787 Dreamliners.
“Ada kebarangkalian besar, bukan kemungkinan, yang kami akan menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat.
"Jadi, dalam masa lima tahun, dengan pembelian tambahan itu, janji niaga itu akan bernilai melebihi AS$10 bilion," katanya.
Najib juga mengumumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melabur AS$3 hingga 4 bilion sebagai membantu "pembangunan semula infrastruktur di AS."
"Keduanya, kami memiliki KWSP, dana pencen utama di Malaysia.
“Mereka memiliki modal yang besar untuk dieksport, mereka melabur hampir AS$7 bilion dari segi ekuiti di AS dan mereka berhasrat untuk melabur tambahan AS$3 bilion hingga AS$4 bilion bagi menyokong pembangunan semula prasarana anda," katanya.
Walau bagaimanapun, beberapa pemimpin pembangkang Malaysia membidas ikrar Najib itu di Twitter dan mencadangkan agar perdana menteri memberi tumpuan kepada ekonomi negara sendiri, bukannya membantu negara kuasa ekonomi itu.
LIHAT VIDEO DI SINI
Berikut adalah antara tweet itu:
Nurul Izzah
@n_izzahM.P. of Lembah Pantai & Vice President of reform based entity, KEADILAN. Proud & busy mom of busy bees: Safiyah and Harith
Najib Jumpa Trump 10 Minit Gadai Kepentingan Negara!
Rafizi Ramli
@rafiziramliLife is what happens while you are busy planning other things. I wanted to open a turkish delight shop. Now that I may be off for a while, I may reconsider it
@MukhrizMahathir
Former Menteri Besar Kedah Darul Aman, Deputy President of Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Ayer Hitam State Assemblyman
- Following 7,338
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Pengguna Twitter marah PM ‘bantu perkukuh ekonomi AS’
Sekianlah artikel Pengguna Twitter marah PM ‘bantu perkukuh ekonomi AS’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengguna Twitter marah PM ‘bantu perkukuh ekonomi AS’ dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/pengguna-twitter-marah-pm-bantu.html