Judul : Pengawal Keselamatan 'Maut' Di Tanduk, Di Pijak Oleh Kerbau Di Temerloh
link : Pengawal Keselamatan 'Maut' Di Tanduk, Di Pijak Oleh Kerbau Di Temerloh
Pengawal Keselamatan 'Maut' Di Tanduk, Di Pijak Oleh Kerbau Di Temerloh
KUANTAN: Seorang pengawal keselamatan maut selepas ditanduk dan dipijak seekor kerbau ketika sedang menaikkan haiwan tersebut ke atas sebuah lori di kawasan belukar berhampiran rumahnya di Kampung Paya Tambang, Temerloh dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, dalam kejadian pada pukul 6.45 petang itu, Bazarudin Yeop Yahya, 59, memanggil rakan-rakannya untuk membantu menaikkan kerbau itu ke kenderaan berkenaan untuk dijual namun secara tiba-tiba ia mengamuk.
Situasi itu, katanya, menyebabkan seutas tali yang mengikat haiwan itu menjadi longgar.
“Kerbau berkenaan mengamuk dan menanduk di bahagian perut serta memijak mangsa.
“Mangsa masih meminta rakan-rakannya menaikkan kerbau tersebut sedangkan dia terbaring kesakitan di belukar berdekatan sebelum dibawa pulang ke rumahnya,” katanya di sini hari ini.
Menurut Zundin, keluarga mangsa segera membawanya ke hospital namun disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di perut. #sumber
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Pengawal Keselamatan 'Maut' Di Tanduk, Di Pijak Oleh Kerbau Di Temerloh
Sekianlah artikel Pengawal Keselamatan 'Maut' Di Tanduk, Di Pijak Oleh Kerbau Di Temerloh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengawal Keselamatan 'Maut' Di Tanduk, Di Pijak Oleh Kerbau Di Temerloh dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/12/pengawal-keselamatan-maut-di-tanduk-di.html