Dr M Janji 'Mansuhkan' Akta Sekat Kebebasan Bersuara, Jika Pakatan Menang PRU14

Dr M Janji 'Mansuhkan' Akta Sekat Kebebasan Bersuara, Jika Pakatan Menang PRU14 - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr M Janji 'Mansuhkan' Akta Sekat Kebebasan Bersuara, Jika Pakatan Menang PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr M Janji 'Mansuhkan' Akta Sekat Kebebasan Bersuara, Jika Pakatan Menang PRU14
link : Dr M Janji 'Mansuhkan' Akta Sekat Kebebasan Bersuara, Jika Pakatan Menang PRU14

Baca juga


Dr M Janji 'Mansuhkan' Akta Sekat Kebebasan Bersuara, Jika Pakatan Menang PRU14


PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) akan memansuhkan undang-undang menyekat kebebasan bersuara di negara ini, jika gabungan pembangkang itu memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad juga berjanji akan memastikan media arus perdana bebas daripada kawalan parti politik.

“TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times dan media lain dibebaskan daripada cengkaman mana-mana parti politik.

“Tiada lagi undang-undang menyekat kebebasan bersuara. Ini antara tindakan yang akan diambil PH apabila dapat menjadi kerajaan,” katanya menerusi Policy Talk mengenai rasuah yang disiarkan secara langsung di Facebooknya hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, kerajaan akan menyemak semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi memastikan ia bersesuaian keadaan semasa.

Kali terakhir Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dipinda ialah 2012.

Beliau juga sedar kebanyakan media tradisional dianggap berat sebelah kepada kerajaan dalam berita yang dilaporkan.

Menteri dalam negeri itu berkata, 1 surat amaran tegas, 2 surat amaran, 14 surat teguran, 44 surat nasihat dan 4 surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada media dan pencetak tahun lepas.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, PH berazam membanteras rasuah melalui pengurangan kuasa eksekutif dan menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat isu berbangkit seperti dinyatakan dalam manifesto PH yang dilancarkan 8 Mac lalu.

“…perdana menteri boleh menjawat jawatannya selama 2 penggal sahaja dan tidak boleh lebih.

“Kita kurangkan pemusatan kuasa di bawah perdana menteri, iaitu mengurangkan jumlah menteri di Jabatan Perdana Menteri. Jawatankuasa siasatan khas untuk menyiasat 1MDB, Felda, Mara dan Tabung Haji akan ditubuhkan.

“Reformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sekarang ini dikuasai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dia bertanggungjawab kepada Parlimen dan melaporkan kepada Parlimen.” #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Dr M Janji 'Mansuhkan' Akta Sekat Kebebasan Bersuara, Jika Pakatan Menang PRU14

Sekianlah artikel Dr M Janji 'Mansuhkan' Akta Sekat Kebebasan Bersuara, Jika Pakatan Menang PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr M Janji 'Mansuhkan' Akta Sekat Kebebasan Bersuara, Jika Pakatan Menang PRU14 dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/03/dr-m-janji-mansuhkan-akta-sekat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :