Bekas 'Calon PKR' Kerusi Parlimen Kemaman, Umum Menyertai PAS !

Bekas 'Calon PKR' Kerusi Parlimen Kemaman, Umum Menyertai PAS ! - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas 'Calon PKR' Kerusi Parlimen Kemaman, Umum Menyertai PAS !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas 'Calon PKR' Kerusi Parlimen Kemaman, Umum Menyertai PAS !
link : Bekas 'Calon PKR' Kerusi Parlimen Kemaman, Umum Menyertai PAS !

Baca juga


Bekas 'Calon PKR' Kerusi Parlimen Kemaman, Umum Menyertai PAS !


KEMAMAN: PAS Kawasan Kemaman menerima anjakan positif menjelang PRU14 apabila bekas calon PKR PRU13 P.040 Parlimen Kemaman, Kamaruddin Chik menyertai PAS.

Beliau menyatakan sokongan dan menyerahkan borang permohonan keahlian PAS di Perkarangan Pejabat PAS Kawasan Kemaman sempena Majlis Perasmian Markas Induk PAS Parlimen Kemaman di sini, semalam.

Penyerahan turut disertai bersama 19 borang ahli baru yang belum pernah menyertai mana-mana parti itu disampaikan kepada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik.

Menurut Kamaruddin, PAS merupakan parti yang paling tinggi aktiviti, bagus pengurusan dan lengkap dari segi organisasinya, serta pengurusan akar umbi.

Puji beliau, itu termasuk mempunyai institusi sendiri seperti pendidikan peringkat awal iaitu PASTI, SRITI, Maahad Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat, kuliah-kuliah dan program-program agama yang merupakan sistem tarbiyah PAS di seluruh negara.

“Saya telah lama menyimpan keinginan untuk menyertai parti gerakan Islam yang diiktiraf peringkat antarabangsa dan saya berbanga untuk mengisytiharkan secara rasmi menjadi ahli PAS seumur hidup.

“Saya bersedia untuk bersama-sama membantu calon PAS di Parlimen Kemaman, Dun Chukai, Dun Air Putih, Dun Kemasik dan Dun Kijal dan saya akan bergerak samaada di cawangan atau UPU untuk memberi sumbangan bagi memenangkan calon-calon PAS di Kemaman, Insyaallah".

“Pilihan saya untuk menyertai PAS adalah tepat dan saya menyeru kepada semua kawan-kawan supaya menjadikan PAS sebagai satu pilihan untuk berjuang menegakkan perjuangan berlandaskan Islam,” katanya. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Bekas 'Calon PKR' Kerusi Parlimen Kemaman, Umum Menyertai PAS !

Sekianlah artikel Bekas 'Calon PKR' Kerusi Parlimen Kemaman, Umum Menyertai PAS ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas 'Calon PKR' Kerusi Parlimen Kemaman, Umum Menyertai PAS ! dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/bekas-calon-pkr-kerusi-parlimen-kemaman.html

Subscribe to receive free email updates: