Fauzi Terima Anugerah "Jasa Mu Di Kenang" Daripada DPMMP Di Kuantan Malam Tadi

Fauzi Terima Anugerah "Jasa Mu Di Kenang" Daripada DPMMP Di Kuantan Malam Tadi - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fauzi Terima Anugerah "Jasa Mu Di Kenang" Daripada DPMMP Di Kuantan Malam Tadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fauzi Terima Anugerah "Jasa Mu Di Kenang" Daripada DPMMP Di Kuantan Malam Tadi
link : Fauzi Terima Anugerah "Jasa Mu Di Kenang" Daripada DPMMP Di Kuantan Malam Tadi

Baca juga


Fauzi Terima Anugerah "Jasa Mu Di Kenang" Daripada DPMMP Di Kuantan Malam Tadi


KUANTAN: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR dan Pakatan Harapan Pahang. Dato' Fauzi Abdul Rahman terpilih antara penerima anugerah "Jasamu Dikenang" pada Majlis Santapan/Makan Malam Dewan Perniagaan Melayu Malayasia Pahang (DPMMP) di Hotel Grand Darul Makmur malam tadi.

Anugerah diberikan kerana Fauzi adalah mantan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malayasia Pahang (DPMMP). Majlis pengurnian anugerah diaempurnakan oleh  Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah.

Fauzi Abdul Rahman merupakan ahli Parlimen Indera Mahkota. Juga merupakan bekas ahli Parlimen Kuantan. Bapanya Abdul Rahman Talib merupakan bekas Menteri Pelajaran Malaysia. Pada peringkat awal, beliau dilihat boleh menjadi menteri penuh atau Menteri Besar.

Beliau pernah menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan dari Oktober 1990-1995, sebelum menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (1995-1997) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1997-99).


Beliau merupakan bekas Ketua UMNO bahagian Kuantan dan bertanding untuk kerusi Parlimen Kuantan pada tahun 1990. Pada tahun 1995 beliau bertanding untuk kerusi DUN Beserah dan menyandang kerusi tersebut sehingga tahun 2004.

Sejak Reformasi 1998, Fauzi dilihat bersama Anwar Ibrahim. Sejak itu, Fauzi, Siti Zaharah Sulaiman dan lain-lain mendiamkan diri dalam politik. Fauzi dan Anwar Ibrahim satu sekolah di MCKK pada tahun 1964.


Pada 23 Julai 2008, Fauzi keluar dari UMNO kerana dilihat bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penyertaan beliau diumumkan oleh Anwar Ibrahim di pejabat PKR di Petaling Jaya. 

Pada PRU13, Fauzi menang pada pertandingan tiga penjuru di kerusiParlimen Indera Mahkota. Beliau menang dengan majoriti 7,523 undi menewaskan Wan Adnan dan calon bebas Ram Ponnusamy.  Fauzi mendapat 30,584 undi, Wan Adnan 23,061 undi dan Ram hanya mendapat 193 undi.

Khabarnya pada PRU14 ini Fauzi akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lembing. Ia merupakan satu langkah "berani mati" sebenarnya, kerana DUN itu kini adalah kubu kuat BN. Apapun, syabas dan tahniah kepada Dato' Fauzi Abdul Rahman atas anugerah "Jasamu Dikenang"  yang diterima pada majlis DPMMP malan tadi. #PDO

** Sumber foto ehsan RBONEWS


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Fauzi Terima Anugerah "Jasa Mu Di Kenang" Daripada DPMMP Di Kuantan Malam Tadi

Sekianlah artikel Fauzi Terima Anugerah "Jasa Mu Di Kenang" Daripada DPMMP Di Kuantan Malam Tadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fauzi Terima Anugerah "Jasa Mu Di Kenang" Daripada DPMMP Di Kuantan Malam Tadi dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/fauzi-terima-anugerah-jasa-mu-di-kenang.html

Subscribe to receive free email updates: