Perlaksanaan Projek ECRL Peluang Besar Untuk Usahawan Tempatan

Perlaksanaan Projek ECRL Peluang Besar Untuk Usahawan Tempatan - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perlaksanaan Projek ECRL Peluang Besar Untuk Usahawan Tempatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perlaksanaan Projek ECRL Peluang Besar Untuk Usahawan Tempatan
link : Perlaksanaan Projek ECRL Peluang Besar Untuk Usahawan Tempatan

Baca juga


Perlaksanaan Projek ECRL Peluang Besar Untuk Usahawan Tempatan


KUANTAN:  Pelaksanaan projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mampu melonjakkan ekonomi di negeri ini seterusnya memberi manfaat kepada usahawan tempatan untuk menyumbang dalam sektor industri berkaitan.

Yang Dipertua  Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pahang, Ghafar Lambak berkata, atas kesedaran itu, pihaknya menentang tindakan pembangkang yang mahu membatalkan ECRL jika mereka menang pada PRU14.

Menurutnya,  peluang peniagaan  bakal terbuka luas kerana  projek ECRL memberi limpahan ekonomi kepada peniaga tempatan seperti peniagaan makanan, sewaan rumah dan  tanah.

Usahawan tempatan juga katanya dapat memajukan  industri binaan, dan  syarikat pembekalan dapat merebut peluang.

“Saya yakin, pelbagai peluang baru juga akan muncul di peringkat awal pembinaan sehingga ke fasa operasi nanti selain banyak peluang pekerjaan dapat dilihat di dalam pelaksanaannya

“Kos ECRL  yang dijangka sebanyak RM 55 billion ini bakal direbut antaranya oleh peniaga tempatan dan ini bakal juga memberi kesan  positif kepada ekonomi tempatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ghafar  berkata, banyak peluang boleh direbut  bukan sahaja dalam membekalkan bahan binaan tetapi juga kepada pelbagai industri tempatan lain.

“PKMM Pahang turut mengambil peluang daripada 30 peratus yang ditawarkan kepada kontraktor tempatan selain terbabit dengan beberapa projek yang bersesuaian.

“Kami juga  mencadangkan agar agihan projek kepada kontraktor kecil diberikan secara undian dan tidak mengganggu masa juga tempoh pembinaan projek ECRL ini,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang, Yusri Yusof menegaskan supaya ECRL tidak dipolitikkan pihak tertentu selain menyifatkan tindakan membatalkan projek mega itu sebagai langkah ke belakang.

“Projek pembangunan dan ekonomi ini tidak harus dijadikan mainan politik apatah lagi kita sedia maklum PRU14 semakin dekat.

“Jika dilihat impak positif daripada ECRL ini, DPMM Pahang melihat peluang keemasan untuk kontraktor dan pembekal dalam industri berkaitan untuk merebut peluang,”katanya.

Yusri berkata, kesan jangka panjang terhadap perkembangan industri ini perlu dilihat lebih jauh agar negara mampu seiring dengan negara – negara lain. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Perlaksanaan Projek ECRL Peluang Besar Untuk Usahawan Tempatan

Sekianlah artikel Perlaksanaan Projek ECRL Peluang Besar Untuk Usahawan Tempatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perlaksanaan Projek ECRL Peluang Besar Untuk Usahawan Tempatan dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/perlaksanaan-projek-ecrl-peluang-besar.html

Subscribe to receive free email updates: