Sah: Pakatan Harapan 'Guna' Logo KEADILAN Masuk Gelanggang PRU

Sah: Pakatan Harapan 'Guna' Logo KEADILAN Masuk Gelanggang PRU - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sah: Pakatan Harapan 'Guna' Logo KEADILAN Masuk Gelanggang PRU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sah: Pakatan Harapan 'Guna' Logo KEADILAN Masuk Gelanggang PRU
link : Sah: Pakatan Harapan 'Guna' Logo KEADILAN Masuk Gelanggang PRU

Baca juga


Sah: Pakatan Harapan 'Guna' Logo KEADILAN Masuk Gelanggang PRU


JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan semalam mengumumkan akan menyertai pilihan raya umum ke-14 dengan menggunakan logo KEADILAN

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ceramah besar-besaran di Pasir Gudang, Johor, semalam.

Kata Dr Mahathir, keputusan itu yang tidak mudah dilakukan, dibuat keempat-empat parti kerana mereka bersatu-padu.

“Ada DAP yang guna roket hampir selama 60 tahun. (Parti) yang lain juga sayang kepada simbol masing-masing tetapi kerana kita ingin bersatu padu, keempat-empat parti ini akan guna satu simbol,” kata calon perdana menteri Harapan itu.

Turut hadir di majlis ceramah Jelajah HARAPAN Johor itu ialah Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

“Pada pilihan raya umum akan datang ini, undilah simbol KEADILAN ini sebagai simbol sokongan kepada Pakatan Harapan,” kata Dr Mahathir.

Sementara itu, Dr Wan Azizah gembira melihat Dr Mahathir mengenakan logo KEADILAN.

“Apa yang lebih utama ialah langkah ini menunjukkan bahawa semua parti dalam HARAPAN bersatu,” katanya kepada media selepas ceramah mega di Pasir Gudang itu selesai.

Menurut Dr Wan Azizah, percubaan Pendaftar Pertubuhan untuk membubarkan Bersatu sewaktu pilihan raya umum akan berlaku mempunyai hikmah yang tersendiri.

“Ia sekarang menunjukkan kami semua bersatu,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen Malaysia yang ke-13 dibubarkan bermula hari ini untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14.

Pengumuman itu dibuat sebaik sahaja persempadanan semula kawasan pilihan raya dan akta antiberita tidak benar diluluskan kerajaan – satu percubaan berat sebelah untuk menindas pembangkang dalam pilihan raya ini. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Sah: Pakatan Harapan 'Guna' Logo KEADILAN Masuk Gelanggang PRU

Sekianlah artikel Sah: Pakatan Harapan 'Guna' Logo KEADILAN Masuk Gelanggang PRU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sah: Pakatan Harapan 'Guna' Logo KEADILAN Masuk Gelanggang PRU dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/sah-pakatan-harapan-guna-logo-keadilan.html

Subscribe to receive free email updates: