Calon BN Kuantan 'Dakwa' Lynas Tidak Perlulah Di Jadikan Isu Lagi

Calon BN Kuantan 'Dakwa' Lynas Tidak Perlulah Di Jadikan Isu Lagi - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Calon BN Kuantan 'Dakwa' Lynas Tidak Perlulah Di Jadikan Isu Lagi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Calon BN Kuantan 'Dakwa' Lynas Tidak Perlulah Di Jadikan Isu Lagi
link : Calon BN Kuantan 'Dakwa' Lynas Tidak Perlulah Di Jadikan Isu Lagi

Baca juga


Calon BN Kuantan 'Dakwa' Lynas Tidak Perlulah Di Jadikan Isu Lagi


KUANTAN: Lynas tak perlu dijadikan isu lagi kerana sisa pembuangan radio aktif itu kini menjadi bahan binaan bangunan.

Calon BN bagi kerusi Parlimen Kuantan, Datuk Andrew Wong Kean berkata, sekiranya sisa itu tidak boleh ditukar, barulah ia menjadi isu yang perlu dibangkitkan mana-mana pihak.

Bagaimanapun, katanya, semua sisa itu kini sudah menjadi bahan binaan yang mempunyai nilai harga dan jadi tiada sisa  disimpan di kilang berkenaan.

“Saya diberi tahu sisa itu akan dijadikan bahan binaan. Jadi pada masa ini, kerajaan sentiasa memantau jika ada sisa yang telah diproses menjadi bahan pembinaan mesti selamat dan patuhi undang-undang,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Fuziah semalam yang membangkitkan semula isu Lynas apabila mendakwa ia belum selesai kerana terdapat janji yang belum ditunaikan oleh kerajaan BN.

Janji itu melibatkan tapak kekal pembuangan sisa radio aktif dan penghantaran sisa itu ke Australia.

Menurut Fuziah, beliau tidak faham mengapa pembangkang berpendapat warga Kuantan masih lagi boleh dimanipulasi, malah  semua tahu ia propaganda serta ada agenda politik peribadi.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Andrew turut menempelak Fuziah yang juga penyandang kerusi parlimen terbabit kerana tidak mempunyai fakta apabila cuba mengitar semula isu berkenaan semata-mata kerana mahu meraih undi PRU14.

Menurutnya, Fuziah perlu sedar bahawa kilang Lynas di Gebeng itu sudah beroperasi sejak tujuh tahun menerusi pemantauan agensi kerajaan bagi memastikan ia mematuhi undang-undang dan mengikuti standard operasi yang selamat.

Bahkan, katanya, sehingga kini tiada bukti menunjukkan kilang itu tidak selamat, sebaliknya pembangkang cuba membangkitkan pula isu tapak kekal pelupusan pembuangan sisa radio aktif.

"Saya tidak sangka pembangkang cuba memusingkan isu tersebut kerana ia sudah lama berlaku.

“Sekarang sudah terbukti semua selamat dan lebih baik kita tumpu untuk maju ekonomi Kuantan dengan menyediakan peluang pekerjaan gaji tinggi untuk anak-anak,” katanya. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Calon BN Kuantan 'Dakwa' Lynas Tidak Perlulah Di Jadikan Isu Lagi

Sekianlah artikel Calon BN Kuantan 'Dakwa' Lynas Tidak Perlulah Di Jadikan Isu Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Calon BN Kuantan 'Dakwa' Lynas Tidak Perlulah Di Jadikan Isu Lagi dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/05/calon-bn-kuantan-dakwa-lynas-tidak.html

Subscribe to receive free email updates: