Judul : Najib "Berikrar" Jadikan Parlimen Pekan Sebagai Kubu Utuh Barisan Nasional
link : Najib "Berikrar" Jadikan Parlimen Pekan Sebagai Kubu Utuh Barisan Nasional
Najib "Berikrar" Jadikan Parlimen Pekan Sebagai Kubu Utuh Barisan Nasional
Perdana Menteri juga bertekad untuk meneruskan legasi BN di kerusi Parlimen itu yang bermula sejak zaman ayahnya Tun Abdul Razak Hussein dan yakin legasi tersebut akan diteruskan oleh pemimpin seterusnya.
Merujuk kepada Pusat Daerah Mengundi (PDM) Paloh Hinai, Najib yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Pekan selama sembilan penggal, berterima kasih kepada pengundi di situ yang memberi sokongan berterusan kepada BN.
"Semua yang hadir adalah penduduk tempatan. Saya suka apabila Datuk Abu Bakar Harun (calon BN Dewan Undangan Negeri Chini) mengatakan this is all local products (ini semua anak tempatan) PDM Paloh Hinai, kita tak main import.
"Pada pilihan raya umum yang lalu, PDM Paloh Hinai memberi sokongan 85 peratus kepada BN dan pengerusinya beritahu saya dia tak berpuas hati dengan jumlah itu dan akan menambah lagi menjadi 90 peratus pada kali ini," katanya semasa berucap pada Majlis Bertemu dan Bersarapan bersama Pengundi di perkarangan PDM Paloh Hinai, di sini hari ini. #sumber
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Najib "Berikrar" Jadikan Parlimen Pekan Sebagai Kubu Utuh Barisan Nasional
Sekianlah artikel Najib "Berikrar" Jadikan Parlimen Pekan Sebagai Kubu Utuh Barisan Nasional kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Najib "Berikrar" Jadikan Parlimen Pekan Sebagai Kubu Utuh Barisan Nasional dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/05/najib-berikrar-jadikan-parlimen-pekan.html