Judul : Isu Sabotaj Pesawat, Tun Mahathir Mendakwa Beliau Bercakap Benar
link : Isu Sabotaj Pesawat, Tun Mahathir Mendakwa Beliau Bercakap Benar
Isu Sabotaj Pesawat, Tun Mahathir Mendakwa Beliau Bercakap Benar
PEKAN: Calon PKR bagi kerusi Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau bercakap benar berhubung dakwaan pesawat sepatutnya membawanya ke Pulau Langkawi disabotaj pihak tertentu.
Sehubungan itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu meminta beliau dituduh di mahkamah berhubung dakwaannya itu.
“Dakwa saya di mahkamah, saya tiada berita tidak benar apa yang saya cakap benar,” katanya ketika ditemui pem-berita selepas mengadakan pertemuan dengan calon dan jentera PKR bagi kerusi dalam Parlimen Pekan di sini hari ini.
Yang hadir sama, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas siasatan terhadapnya yang dibuat mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, Mahathir disiasat mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018 berhubung dakwaan pesawat sepatutnya membawa beliau ke Pulau Langkawi, Kedah, disabotaj pihak tertentu.
Mazlan berkata, kes itu adalah salah satu daripada lapan kertas siasatan yang dibuka pihaknya membabitkan pel-bagai kesalahan sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) seja Sabtu lalu. #sumber
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Isu Sabotaj Pesawat, Tun Mahathir Mendakwa Beliau Bercakap Benar
Sekianlah artikel Isu Sabotaj Pesawat, Tun Mahathir Mendakwa Beliau Bercakap Benar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Isu Sabotaj Pesawat, Tun Mahathir Mendakwa Beliau Bercakap Benar dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/05/isu-sabotaj-pesawat-tun-mahathir.html