Tidak Sah: Shafie Tidak Ikhtiraf Musa Sebagai Ketua Menteri Sabah !

Tidak Sah: Shafie Tidak Ikhtiraf Musa Sebagai Ketua Menteri Sabah ! - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tidak Sah: Shafie Tidak Ikhtiraf Musa Sebagai Ketua Menteri Sabah !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tidak Sah: Shafie Tidak Ikhtiraf Musa Sebagai Ketua Menteri Sabah !
link : Tidak Sah: Shafie Tidak Ikhtiraf Musa Sebagai Ketua Menteri Sabah !

Baca juga


Tidak Sah: Shafie Tidak Ikhtiraf Musa Sebagai Ketua Menteri Sabah !


KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tidak mengiktiraf pembentukan kerajaan negeri, Barisan Nasional (BN).

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pembentukan kerajaan yang diketuai Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman itu tidak mendapat mandat mutlak daripada rakyat tempatan.

Dakwa Mohd. Shafie, kerajaan negeri yang baharu adalah tidak sah kerana dibentuk atas kapasiti jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak mencukupi.

"Pada PRU-14, maklumat awal yang diperoleh daripada pihak Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh negeri, Warisan dan Pakatan Harapan memenangi 35 kerusi daripada 60 kerusi DUN yang dipertaruhkan.

"Bagaimanapun, selepas proses pengiraan semula dilakukan jumlah itu berubah kepada 29 kerusi DUN yang mana jumlah ini sama seperti yang dimenangi BN Sabah," katanya pada sidang akhbar di kediamannya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Shafie, susulan situasi tersebut pihaknya bertindak menghantar surat kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin mengenai pembentukan kerajaan negeri tidak sah dibawah pimpinan Musa.

"Secara jelas, mereka (BN) bukan sahaja tidak mempunyai jumlah kerusi DUN mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri Sabah malah pada masa sama tidak mendapat sokongan rakyat sepenuhnya," jelasnya.

Terdahulu, pada pukul 11.06 malam tadi Musa  mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri selepas berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah 31 daripada 60 kerusi DUN hasil kerjasama dengan dua ADUN daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR). #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Tidak Sah: Shafie Tidak Ikhtiraf Musa Sebagai Ketua Menteri Sabah !

Sekianlah artikel Tidak Sah: Shafie Tidak Ikhtiraf Musa Sebagai Ketua Menteri Sabah ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tidak Sah: Shafie Tidak Ikhtiraf Musa Sebagai Ketua Menteri Sabah ! dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/05/tidak-sah-shafie-tidak-ikhtiraf-musa.html

Subscribe to receive free email updates: