Judul : Adnan 'Kekal' MB Pahang, Angkat Sumpah Di Istana Abu Bakar Esok
link : Adnan 'Kekal' MB Pahang, Angkat Sumpah Di Istana Abu Bakar Esok
Adnan 'Kekal' MB Pahang, Angkat Sumpah Di Istana Abu Bakar Esok
Selepas "kontroversi" siapakah Menteri Besar Pahang yang baharu semalam, terkini PDO dimaklumkan bahawa pihak istana mahu Datuk Sri Adnan Yaakob terus kekalkan jawatannya.
Adnan sebelum ini membuka ruang kepada Sultan Pahang untuk memilih siapakah calon Menteri Besar. Ia berikutan timbulkan desas-desus mengatakan beliau menolak jawatan itu selepas melihat kegagalan BN mempertahankan Putrajaya pada PRU14 lalu.
Namun, difahamkan Pengerusi BN Pahang itu akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang di Istana Abu Bakar pagi esok. Ini bermakna beliau menjadi MB untuk penggal kelima.
Pelantikan itu sekali gus menjadikan Adnan, 68, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai sebagai Menteri Besar paling lama berkhidmat selama 19 tahun di negeri ini.
Adnan yang berjaya mempertahankan DUN Pelangai bagi penggal kelapan mula dilantik sebagai Menteri Besar pada 25 Mei 1999 menggantikan Tun Mohd Khalil Yaakob.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang diadakan Rabu lalu, BN memenangi 25 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus meraih majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan negeri.
Upacara angkat sumpah menubuhkan kerajaan negeri itu akan diadakan serentak dengan Istiadat Pengurniaan Pingat dan Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Ahmad Shah.
Istiadat angkat sumpah Menteri Besar Pahang akan diadakan di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. #PDO
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Adnan 'Kekal' MB Pahang, Angkat Sumpah Di Istana Abu Bakar Esok
Sekianlah artikel Adnan 'Kekal' MB Pahang, Angkat Sumpah Di Istana Abu Bakar Esok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Adnan 'Kekal' MB Pahang, Angkat Sumpah Di Istana Abu Bakar Esok dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/05/adnan-kekal-mb-pahang-angkat-sumpah-di.html