Hanif: SB lapor pemimpin DAP mahu pisahkan semenanjung

Hanif: SB lapor pemimpin DAP mahu pisahkan semenanjung - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hanif: SB lapor pemimpin DAP mahu pisahkan semenanjung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hanif: SB lapor pemimpin DAP mahu pisahkan semenanjung
link : Hanif: SB lapor pemimpin DAP mahu pisahkan semenanjung

Baca juga


Hanif: SB lapor pemimpin DAP mahu pisahkan semenanjung


Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar mendakwa cadangan DAP untuk memisahkan semenanjung kepada dua bahagian, untuk orang Melayu dan bukan Melayu, diperolehi daripada hasl laporan risikian polis Cawangan Khas (SB).
Dalam wawancara bersama Sinar Harian yang disiarkan hari ini, beliau mempertahankan dakwaan itu yang dibuat dalam satu majlis di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, minggu lalu.
Beliau mendakwa seorang pemimpin DAP mengusulkan cadangan pemisahan itu di Eropah selepas peristiwa 13 Mei 1969.
Beliau mendapat laporan itu atas kapasiti sebagai Ketua Pegawai Turus (Polis) Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada masa itu.
“Maklumat tersebut sampai kepada saya melalui SB. Ketika itu Tun Mohamed Salleh Ismael merupakan ketua polis negara.
“Dia beri taklimat kepada Mageran setiap minggu tapi kalau ada yang penting sebelum sampai masa taklimat, mereka (SB) hantar kepada saya laporannya.
“Saya juga laporkan kepada Tun Razak (Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein),” katanya seperti dipetik.
Hanif tidak menamakan pemimpin DAP itu, tetapi pada 6 September lalu beliau dilaporkan berkata beliau bertindak menahan Lim Kit Siang selama 18 bulan selepas dakwaan cadangan memisahkan semenanjung itu dibuat.
Lim menafikan dakwaan itu keesokannya dan memberi masa 48 jam untuk Hanif memohon maaf.
Peguam Lim dijangka memfailkan saman fitnah esok selepas Hanif tidak berbuat demikian.
Dalam wawancara hari ini, Hanif bagaimanapun menjelaskan beliau mengarahkan penahanan Lim ketika Ops Lalang 1987, bukannya susulan peristiwa 13 Mei.
"Dalam ucapan itu, saya cakap pasal komunis, lepas itu perkauman, bila mulanya. Melayu dengan Cina tidak pernah bergaduh sebelum itu.
“Pada 1987 ada Operasi Lalang, Kit Siang antara yang ditahan oleh saya ketika saya menjadi Ketua Polis Negara. Itu yang saya maksudkan, bukan saya arahkan dia ditahan pada 1969," katanya seperti dipetik.
Hanif juga berkata beliau tidak berniat untuk memburukkan DAP dalam ucapannya minggu lalu, tetapi sekadar perkongsian pengalaman dalam Mageran.
Menurut laporan itu lagi, Hanif dilihat tidak marah dengan Lim yang menggelarnya sebagai nyanyuk, dan berkata beliau tiada masalah peribadi dengan tokoh DAP itu.
“Selepas dia keluar daripada tahanan, saya ada buat rumah terbuka dan dia (Kit Siang) datang ke rumah saya. Masalah peribadi memang tiada, saya dengan siapa pun memang tiada masalah,” katanya lagi.

Nota editor: Terdapat kesilapan pada tajuk sebelum ini yang menyebut Lim Kit Siang. Wawancara asal tidak menyatakan "pemimpin DAP" sebagai Lim. Kesilapan tidak disengajakan dan dikesali.
- Malaysiakini 


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Hanif: SB lapor pemimpin DAP mahu pisahkan semenanjung

Sekianlah artikel Hanif: SB lapor pemimpin DAP mahu pisahkan semenanjung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hanif: SB lapor pemimpin DAP mahu pisahkan semenanjung dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/09/hanif-sb-lapor-pemimpin-dap-mahu.html

Subscribe to receive free email updates: