Saya bukan pengilang, kenapa saya dicukai 6% SST?

Saya bukan pengilang, kenapa saya dicukai 6% SST? - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saya bukan pengilang, kenapa saya dicukai 6% SST?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya bukan pengilang, kenapa saya dicukai 6% SST?
link : Saya bukan pengilang, kenapa saya dicukai 6% SST?

Baca juga


Saya bukan pengilang, kenapa saya dicukai 6% SST?

Datuk Seri Najib Razak hari ini membalas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menggelarnya hipokrit kerana mengadu mengenai cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada “pau”, tetapi mendiamkan diri apabila dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Lim merujuk aduan Najib mengenai 6% SST yang beliau bayar bagi “pau kaya” dan minuman dibelinya di sebuah kedai di Tanjung Malim, Perak, baru-baru ini.

Bekas perdana menteri itu dalam catatan di Facebook hari ini mempersoalkan keperluan mengubah mekanisme percukaian memandangkan harga barangan tidak turun selepas GST dimansuhkan.
“Semalam, Lim Guan Eng berang dan kata saya tak jujur. Dia kata makanan ‘pau’ pun kena 6% GST dulu sama seperti 6% SST sekarang.

“Bukankah Guan Eng pernah kata beberapa kali bahawa cukai SST hanya dikenakan pada pengilang sahaja dan bukan pengguna. Saya bukan pengilang, mengapa saya kena cukai 6% pula?” soalnya.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, dengan adanya GST, peniaga yang mengelak cukai dan ekonomi gelap tidak boleh lari daripada cukai.
Tetapi, katanya, kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan lain semakin meningkat, begitu juga gaji dan bonus penjawat awam.
“Dengan SST, BR1M semakin turun sehingga dimansuhkan, bantuan lain disekat, gaji dan bonus penjawat awam tak naik atau dibatalkan.”
Najib berkata, jika menteri kewangan memeriksa resit dari kedai “pau” itu, minuman pun dikenakan cukai 6%.
“Saya minum ‘ice lemon tea’ di sana. Mengikut jadual SST yang terbaru, cukai jualan ke atas ‘ice lemon tea’ ialah 10%, bermakna apabila kedai itu beli ‘ice lemon tea’ dari pengilang, cukai 10% sudah termasuk secara tersembunyi dalam harganya.
“Bermakna dengan tambahan 6% dikenakan kedai itu, saya membayar 10% + 6% cukai, lebih tinggi dari GST 6%.” - FMT


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Saya bukan pengilang, kenapa saya dicukai 6% SST?

Sekianlah artikel Saya bukan pengilang, kenapa saya dicukai 6% SST? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saya bukan pengilang, kenapa saya dicukai 6% SST? dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/09/saya-bukan-pengilang-kenapa-saya.html

Subscribe to receive free email updates: