Bekas menteri kewangan berdendam dengan saya, kata Najib

Bekas menteri kewangan berdendam dengan saya, kata Najib - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas menteri kewangan berdendam dengan saya, kata Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas menteri kewangan berdendam dengan saya, kata Najib
link : Bekas menteri kewangan berdendam dengan saya, kata Najib

Baca juga


Bekas menteri kewangan berdendam dengan saya, kata Najib


[4 Disember 2019]

Najib Razak mendakwa bekas rakan seperjuangannya, Ahmad Husni Hanadzlah berdendam dengannya atas keputusan menukarkan beliau dari Kementerian Kewangan pada 2016.
Katanya, Husni yang sebelum ini memberi keterangan bagi pihak pendakwaan dalam perbicaraan SRC International membabitkannya, mengambil peluang menjadi saksi untuk menyuarakan rasa tidak puas hatinya secara terbuka.
“Ada beberapa insiden saya tidak mahu dedahkan yang menyebabkan beliau salah faham terhadap keputusan saya,” katanya kepada Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
“Jika beliau rasa dilayan seperti budak pejabat ketika menjadi menteri kewangan kedua, saya dapati ia pelik beliau kekal di sana,” katanya sambil merujuk keterangan Husni pada 6 Ogos lalu yang tidak diberitahu mengenai penubuhan SRC International pada 2011, walaupun menganggotai Kabinetnya dari 2009 hingga 2016.
Husni yang juga saksi pendakwaan ke-55 dalam perbicaraan rasuah dan pecah amanah Najib dilaporkan berkata, beliau hanya menandatangani surat jaminan kerajaan untuk Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) bagi mendapatkan pinjaman RM2 bilion pada 2011.
Ditanya mengenai dakwaan Husni dimarahinya berhubung perkara membawa balik dana RM3 bilion SRC International yang dibekukan pihak berkuasa Switzerland pada 2013 atas dakwaan pengubahan wang haram, Najib berkata, insiden itu dilaporkan di luar konteks.
“Beliau ada jumpa saya, tetapi bukan secara rasmi, untuk beritahu beliau boleh bantu selesaikan masalah ini dan beliau juga ada kawan di sana.
“Saya beritahu beliau, pegawai SRC sedang menguruskannya dan beliau tidak perlu pergi ke sana.”
Perbicaraan diteruskan di depan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Najib berdepan 6 pertuduhan pengubahan wang dan pecah amanah dalam pemindahan RM42 juta dana SRC International ke akaunnya.
Ahli Parlimen Pekan itu turut dituduh menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri dengan memberi jaminan kerajaan ke atas pinjaman SRC International sebanyak RM4 bilion dari Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan.


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Bekas menteri kewangan berdendam dengan saya, kata Najib

Sekianlah artikel Bekas menteri kewangan berdendam dengan saya, kata Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas menteri kewangan berdendam dengan saya, kata Najib dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2019/12/bekas-menteri-kewangan-berdendam-dengan.html

Subscribe to receive free email updates: