Lihat cermin dahulu siapa sentiasa ‘U-turn’, PAS jawab Dr M

Lihat cermin dahulu siapa sentiasa ‘U-turn’, PAS jawab Dr M - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lihat cermin dahulu siapa sentiasa ‘U-turn’, PAS jawab Dr M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lihat cermin dahulu siapa sentiasa ‘U-turn’, PAS jawab Dr M
link : Lihat cermin dahulu siapa sentiasa ‘U-turn’, PAS jawab Dr M

Baca juga


Lihat cermin dahulu siapa sentiasa ‘U-turn’, PAS jawab Dr M

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu tidak gentar mengadapi serangan dari pelbagai pihak terhadap parti itu.

“PAS melihat Umno sebagai perompak dan penyamun sudah berdekad-dekad lamanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa sehingga hari ini adalah disebabkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga sistem yang berat sebelah yang dikekalkan olehnya.

“Umno yang ada hari ini adalah hasil didik Tun.

“Untuk makluman Tun, Umno dilihat sebagai perompak dan penyamun ini bukankah baru sekarang. Dari dulu lagi PAS berlawan kerana pelbagai kerosakan yang dilakukan oleh Umno-BN di negara ini.

“Malah, di zaman Tun, Umno sudahpun menjadi perompak dan penyamun, cuma Tun tidak sedar.

Sesiapa yang mempertikaikannya perlu berdepan dengan senjata yang bernama ISA yang sedia digunakan Tun dengan sewenang-wenangnya. Malah sehingga hari ini, semua rakyat masih melawan sistem yang ditinggal Tun termasuk Tun sendiri.

“Ketika Tun menjadi Perdana Menteri, pembangkanglah paling hebat ditekan, ditindas sehingga pelbagai tragedi berlaku. Royalti minyak Kelantan tidak diberi, malah royalti minyak Terengganu dijadikan wang ehsan sejurus PAS mengalahkan Umno di Terengganu.

“Di zaman Tun, semua timbalan Tun yang Tun rasa tak sesuai dipecat dengan pelbagai tuduhan. Sebahagian mereka kerana menentang rasuah, salah guna kuasa dan kronisme yang berlaku di waktu itu.

“Kini istilah itu bertukar kepada kleptokrasi. Gunalah apa istilah sekalipun hakikatnya penyelewengan terus berleluasa. Ia menjadi budaya di dalam Umno yang kekal sehingga hari ini sehinggalah Tun sendiri pun terasa meluat melihatnya,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Umno-BN di bawah pimpinan Perdana Menteri PM Datuk Seri Najib Razak hampir tumbang.

“Rakyat mempunyai peluang keemasan untuk menumbangkan BN bersama Pakatan Rakyat di PRU13, tapi ketika itu Tun memilih bersama Umno melalui Perkasa untuk mengekalkan kekuasaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga BN.

“Sudah berdekad-dekad lamanya sejak merdeka. PAS melawan Umno. Di zaman Tun, kamilah yang lawan Tun. Ketika Tun memilih Tun Abdullah Badawi sebagai PM, kami tetap melawan Umno dan terus melawan Umno meskipun kami hampir kehilangan segalanya. Ketika Tun memilih Najib menjadi PM, kami membantah dan terus melawan Umno sehingga hari ini.

“Malah susah dinafikan bahawa PAS adalah pembangkang utama kepada Umno sejak sebelum merdeka sehingga kini. PAS merupakan parti yang terus berkembang dengan keahlian hampir sejuta, dengan hampir lapan ribu cawangan dan 195 kawasan seluruh negara.

“Kini baru dua tahun Tun menjadi pembangkang, Tun baru terasa peritnya menjadi pembangkang. Hari ini, Tun mahu menurunkan Najib sebagai PM setelah menyedari kerosakan yang ada. Malah, Tun bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi PM ke 8.

“Alangkah baiknya kalau Tun sedar 20 tahun lebih awal, bukankah Anwar kini sudah menjadi PM, Najib tidak menjadi PM, keluarga Datuk Seri Anwar tidak perlu melalui keperitan yang berlanjutan sehingga hari ini dan rakyat tidak perlu bersusah-payah bergelut hari ini di bawah kerosakan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN pilihan Tun?

“Bagi PAS, menurunkan Najib sahaja tidak cukup. Selama ini, kami menentang agar rakyat bangkit menukarkan Umno-BN dan menggantikannya dengan parti yang akan menukar sistem yang korup dan rasuah dengan dasar Islam yang diturunkan Allah untuk keselamatan negara dan rakyat yang berbilang kaum ini.

“Hari ini, Tun menuduh PAS kononnya menyokong Umno kerana kecewa apabila PAS tidak mahu bersama dalam Pakatan Harapan. Kerana itu PAS dituduh, difitnah dan diserang.

“Biasa PAS diserang oleh Umno, nampaknya kini bertambah satu lagi kumpulan yang bersama Umno menyerang PAS. Namun, PAS tidak gentar. Serangan-serangan ini menunjukkan betapa paniknya Tun dan PH pada kebangkitan kepada sokongan PAS ketika ini,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata PAS akan terus melawan Umno pada PRU14 seperti pilihanraya-pilihanraya yang lalu.

“Suka hatilah siapa yang ingin masuk gelanggang di kerusi-kerusi tradisi PAS untuk menjadikan ia peperangan tiga penjuru, itu hak demokrasi masing-masing.

“Perjuangan PAS tidak pernah berubah. PAS meletakkan Islam di tangga teratas di dalam perjuangannya kerana ia agama yang lengkap, adil dan sempurna. Kami tidak menerima Islam hanya sekadar ibadah dan aqidah kerana Allah memerintahkan kita menganut Islam seluruhnya.

“Kalau nak dituduh PAS perosak, lihatlah cermin dahulu siapa yang konsisten, siapa yang sentiasa U-turn,” katanya.



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Lihat cermin dahulu siapa sentiasa ‘U-turn’, PAS jawab Dr M

Sekianlah artikel Lihat cermin dahulu siapa sentiasa ‘U-turn’, PAS jawab Dr M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lihat cermin dahulu siapa sentiasa ‘U-turn’, PAS jawab Dr M dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/lihat-cermin-dahulu-siapa-sentiasa-u.html

Subscribe to receive free email updates: