Penunggang motosikal cedera dilanggar ambulans terbabas

Penunggang motosikal cedera dilanggar ambulans terbabas - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penunggang motosikal cedera dilanggar ambulans terbabas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penunggang motosikal cedera dilanggar ambulans terbabas
link : Penunggang motosikal cedera dilanggar ambulans terbabas

Baca juga


Penunggang motosikal cedera dilanggar ambulans terbabas

THE MALAYSIAN TIMES
 


BUKIT MERTAJAM: Seorang penunggang motosikal cedera apabila dilanggar sebuah ambulans yang terbabas selepas bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Song Ban Kheng dan Pusat Perniagaan Gemilang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kejadian 8.35 pagi tadi, ambulans milik sebuah syarikat perkhimatan ambulans itu, dari arah Pusat Perniagaan Gemilang tidak berhenti di lampu isyarat ketika ia merah di persimpangan berkenaan.

“Ketika ambulans itu di tengah jalan persimpangan tersebut sebuah kereta yang dari laluan lampu isyarat hijau tidak sempat membrek untuk memberi laluan kepada ambulans berkenaan sebelum melanggar van terbabit.

“Ekoran kemalangan itu, ambulans terbabit terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar sekumpulan motosikal yang sedang berhenti di situ kerana lampu isyarat merah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan di kaki dan dirawat di sebuah hospital swasta manakala dua buah motosikal rosak teruk akibat rempuhan tersebut.

Nik Ros Azhan berkata semasa kejadian ambulans itu tidak membawa pesakit dan menurut pemandunya yang berusia 40 tahun dia dalam perjalanan untuk mengambil pesakit di kawasan Bukit Mertajam.

Katanya setakat ini pihaknya baru menerima dua laporan polis berhubung kejadian itu iaitu dari penunggang motosikal berumur 45 tahun yang cedera dan pemandu ambulans berkenaan manakala pemandu sebuah lagi kereta yang terlibat dlaam kemalangan tersebut masih belum membuat laporan.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Peraturan 17 LN 167/59 Kaedah-kaedah Lalulintas 1959.

Video kemalangan itu turut menjadi tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp kerana kejadian berkenaan dirakam kamera papan pemuka sebuah kereta yang berada di lokasi kejadian.— Bernama



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Penunggang motosikal cedera dilanggar ambulans terbabas

Sekianlah artikel Penunggang motosikal cedera dilanggar ambulans terbabas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penunggang motosikal cedera dilanggar ambulans terbabas dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/penunggang-motosikal-cedera-dilanggar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :